KualaLumpur Polis masih mengesan individu berkenaan dengan kerjasama SKMM dan percaya lelaki itu masih berada di sekitar Lembah Klang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, polis kini sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mengesan lelaki itu.
Katanya, siasatan terhadap lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 232 SKMM kerana memberi komen jelik dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.
“Buat masa ini, polis masih mengesan individu berkenaan dengan kerjasama SKMM dan kita percaya lelaki itu masih berada di sekitar Lembah Klang. “Cuma, polis masih belum mengenal pasti lokasi sebenar lelaki itu dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka dapat tampil menyalurkan maklumat,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PDRM 2018 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.Dalam majlis berkenaan, seramai 63 penerima mewakili 9,988 pegawai kanan, pegawai dan anggota lain-lain pangkat PDRM menerima anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018.
Antara yang hadir menerima APC itu termasuklah Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah , Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial , Datuk Mazlan Mansor.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Umat Islam berhimpun bantah ancaman kedaulatan Islam | The Malaysian InsightSUSULAN seorang pengguna Facebook menghina Nabi Nabi Muhammad dan isteri baginda, Saiyidatina Aisyah minggu lalu, kumpul...
Read more »
Sultan Selangor kecewa perbuatan hina Nabi SAWSULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan perbuatan segelintir masyarakat bukan Islam yang menghina keperibadian junjungan besar Rasulullah SAW sejak kebelakangan ini.
Read more »
MB Selangor kecam penghinaan Nabi SAWKERAJAAN Selangor menjunjung kasih titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan isu penghinaan terhadap junjungan Rasulullah SAW.
Read more »
Himpunan bantah pihak hina Islam, nabiJOHOR BAHRU 1 Mac - Seramai kira-kira 500 masyarakat Islam berhimpun di pekarangan Masjid Jamek Bandar Baru Uda di sini bagi menyatakan bantahan terhadap pihak yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Read more »
Pensyarah kolej, dua individu hina nabiBENTONG 1 Mac - Lebih 16 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Pesara Polis dan wakil daripada UMNO serta Pas membuat laporan polis terhadap tindakan seorang individu dipercayai pensyarah sebuah kolej komuniti di sini yang bertindak memperlekehkan usaha umat Islam mempertahankan Nabi Muhammad SAW.
Read more »
Polis terima 929 laporan hina Islam, Nabi MuhammadKualaLumpur Polis terima 929 laporan dan membuka 16 kertas siasatan berhubung individu yang menghina agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah, sehingga hari ini.
Read more »
Laporan polis dibuat terhadap 2 pengguna media sosial kerana hina Nabi | The Malaysian InsightPemuda Pakatan gesa polis ambil tindakan terhadap pengguna Twitter Alvin Chow dan pengguna Facebook Danny Antonio Jr.
Read more »
Hina nabi: 3 lelaki ditahan, 1 diburu polisKeempat-empat suspek memuatnaik status jelik di media sosial menghina agama Islam termasuk Nabi Muhammad dan isteri.
Read more »
Hina Nabi: Bersatu, UMNO dan Pas buat laporan polisMELAKA 5 Mac - Tindakan seorang pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama `Alvin Chow&8217; menghina Nabi Muhammad SAW mendapat kecaman daripada umat Islam di negeri ini apabila sebanyak 20 laporan polis dibuat agar tindakan tegas diambil terhadap individu berkenaan.
Read more »
Polis buru pengguna media sosial hina Islam, Nabi Muhammad | The Malaysian InsightPasukan itu tahan tiga lagi individu selepas menerima 929 laporan dan buka 16 kertas siasatan.
Read more »