Kejadian samun bersenjata di sebuah kedai runcit di Taman Klebang Ria, Chemor di Ipoh pada 31 Mei lalu.
RAKAMAN video tular yang memaparkan suspek memasuki sebuah kedai runcit dan menyamun mangsa di Taman Klebang Ria, Chemor pada 31 Mei lalu. IPOH: Polis mengesan tiga lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun bersenjata di sebuah kedai runcit di Taman Klebang Ria, Chemor pada 31 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, dalam kejadian itu, tiga suspek lelaki memasuki premis berkenaan dengan membawa parang sebelum melarikan wang tunai dan beberapa barangan milik mangsa yang berusia lingkungan 20 tahun.
“Susulan laporan yang diterima, polis telah menjalankan siasatan dan telah mengenal pasti suspek yang terlibat. “Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata,” katanya di sini hari ini. Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.
“Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. Terdahulu tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan tindakan dua lelaki bersenjatakan parang yang memasuki sebuah kedai dan melarikan beberapa barang termasuk milik mangsa. –
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis Pahang sahkan terima laporan pelajar IPTA dakwa ditampar ahli politikPolis Pahang sahkan terima laporan pelajar IPTA dakwa ditampar ahli politik
Read more »
Polis buru suspek curi kabel TM bernilai RM17,000GEORGE TOWN : Polis kini sedang giat memburu seorang suspek yang dipercayai terlibat dengan perbuatan mencuri kabel telekomunikasi milik Telekom Malaysia (TM) bernilai kira-kira RM17,000 di Jalan Batu Uban 1, Gelugor di sini, hari ini.
Read more »
Lelaki melecur 50 peratus letupan gas memasak di Alor GajahSeorang lelaki melecur kira-kira 50 peratus pada anggota badan selepas dipercayai terlibat dalam satu kejadian letupan gas memasak di sebuah rumah di Taman Baiduri, Kuala Ina di sini, hari ini.
Read more »
Polis Diraja Malaysia Beri Tegas Menjaga Negara Dari Sindiket PenipuanPolis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan pihak kedutaan asing untuk memastikan keamanan negara dari sindiket penipuan dalam talian. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa menegaskan tindakan tegas akan dikenakan terhadap individu yang menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi penipuan.
Read more »




