Polis kesan lelaki kasari pemandu wanita di Cameron Highlands
LELAKI yang bertindak mengasari seorang pemandu wanita semasa dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Tapah yang videonya tular di media sosial berjaya dikesan polis di sekitar Serdang, Selangor hari ini.
Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata lelaki berusia 29 tahun bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di Serdang itu akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323/506/501 Kanun Keseksaan. Beliau berkata pihaknya menerima laporan polis pada pukul 10 pagi tadi daripada seorang wanita berusia 24 tahun yang dibuat di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh di Selangor mengenai insiden itu “Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 5.33 petang semalam semasa pengadu dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands menuju ke Tapah bersama adik lelakinya yang berumur 17 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini. Katanya kejadian dikatakan berlaku akibat daripada salah faham di atas jalan raya sekitar Pusat Peranginan Lata Iskandar, dan apabila kedua-dua kereta itu berhenti, penyelia kilang itu telah turun dari kenderaannya dan mengetuk cermin kereta pengadu. Mohd Yusri berkata apabila pengadu membuka cermin keretanya, lelaki itu memarahi pengadu dan tiba-tiba memukul kepala pengadu serta mengeluarkan kata-kata ugutan. Beliau berkata hasil semakan mendapati nombor pendaftaran kereta yang dinaiki lelaki itu didaftarkan atas nama seorang wanita yang beralamat di Tanjung Karang, Selangor. Terdahulu tular sebuah video berdurasi 59 saat yang memaparkan seorang lelaki keluar daripada kereta yang dipandunya dan mengetuk cermin kenderaan di belakangnya sebelum memarahi pemandu wanita serta memukul kepalanya. – Bernama, 6 Jun, 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Gangguan bekalan air jejas imej pelancongan Cameron HighlandsCAMERON HIGHLANDS: Gangguan bekalan air yang dialami beberapa kawasan termasuk hotel ketika Cameron Highlands dibanjiri pelancong menjejaskan imej tanah tinggi ini sebagai kawasan pelancongan.
Read more »
Pukul kepala wanita, lelaki ‘sado’ ditahan polisPolis berkata lelaki itu ditahan selepas wanita tersebut membuat laporan polis.
Read more »
Perak cops nab man who hit woman driver on the head in Cameron HighlandsIPOH, June 6 — The man who abused a female driver while travelling from Cameron Highlands to Tapah, as seen in a video which went viral on social media, was tracked down by...
Read more »




