Polis daerah Kajang hmelupuskan lebih 200,000 barang kes termasuk pelaralatan bitcoin yang dianggarkan bernilai lebih RM1.87 juta.
KAJANG: Polis daerah Kajang hari ini melupuskan lebih 200,000 barang kes terdiri peralatan bitcoin, mesin judi, peralatan komputer, rokok dan arak yang dianggarkan bernilai lebih RM1.87 juta.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, ia selepas arahan pelupusan oleh mahkamah ke atas barangan kes membabitkan 313 kertas siasatan sejak 2019 hingga tahun ini. Kata beliau, barang kes perjudian yang dirampas menerusi Op Dadu merangkumi 1,504 set mesin slot, komputer, komputer riba, telefon bimbit, pembesar suara yang bernilai RM109,400.
“Turut dilupuskan barang kes Op Kontraban iaitu 572 tin minuman keras bersama 23,469 botol arak serta 4,018 karton kotak rokok pelbagai jenama bernilai RM908,700,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelupusan Barang Kes di Balai Polis Bandar Baru Bangi di sini hari ini. Mengulas lanjut, Naazron berkata, barang kes bitcoin dan pusat panggilan penipuan yang merangkumi 713 mesin bitcoin; peralatan elektrik lain ; komputer dan komputer riba ; telefon bimbit ; kad ATM serta cakera padat dengan keseluruhan berjumlah RM858,600 turut dilupuskan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
RM1,200 pocket money for low-income Sarawakian university-level students in 2025, says Abang JohariHe had his grand opening in September.
Read more »
Honor 200 Smart now in Malaysia - Drop resistant, RM1,099The Honor 200 series has just welcomed a new family member - the Honor 200 Smart. This budget-oriented smartphone is priced at RM1,099, and can be had for free with selected telco plans.
Read more »
Polis Pengiring TMJ Didenda RM1,000, Serang Pemandu e-Hailing OKUTimbalan Pendakwa Raya, Razali Che Ani, memohon hukuman pencegahan memandangkan kes tersebut adalah isu kepentingan awam yang mendapat liputan luas pihak media.
Read more »
Kes kehilangan beg berisi RM1 juta, polis tahan dua pengawal keselamatanKUALA LUMPUR: Polis menahan dua pengawal keselamatan bagi membantu siasatan kes beg berisi wang tunai RM1 juta yang dilaporkan hilang selepas proses k...
Read more »
Polis KL sedia bantu kes kehilangan beg berisi wang RM1 jutaPolis KL sedia bantu kes kehilangan beg berisi wang RM1 juta
Read more »
Polis buru lelaki, wanita cuba ancam nyawa anggota polisIPOH: Polis sedang memburu seorang lelaki dan wanita kerana cuba melanggar kenderaan polis yang mahu menahan mereka di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) T...
Read more »