'Polis percaya, batu yang mempunyai kesan darah itu adalah senjata yang digunakan untuk mencederakan kepala si mati.'
IPOH: Polis menjumpai seketul batu konkrit dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemukan terbakar di tepi sungai dekat Kampung Talang Lama, Kuala Kangsar semalam.
“Pemeriksaan awal pada mayat mangsa menjumpai terdapat satu kesan luka pada bahagian atas kepala sebelah kanan. Menurut Mior Farid, berdasarkan penelitian awal, mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar dalam tempoh tidak lebih 24 jam sebelum mayatnya dijumpai. “Bedah siasat ke atas mayat mangsa akan dijalankan esok di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.