Polis Houthi tahan wanita keluar beli-belah tanpa mahram

Malaysia News News

Polis Houthi tahan wanita keluar beli-belah tanpa mahram
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 33 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 16%
  • Publisher: 51%

Wanita juga perlu mematuhi etika pemakaian serta hanya dibenarkan mengunjungi kedai tertentu sahaja di bandar Saad

YEMEN: Polis wanita bertindak menahan belasan pengunjung wanita di bandar Saad yang terletak di utara Yemen, selepas mereka keluar membeli-belah tanpa mahram.Kerajaan Houthi yang disokong Iran melarang golongan wanita membeli-belah tanpa ditemani orang lelaki dan mereka perlu mematuhi etika pemakaian serta hanya membenarkan wanita mengunjungi kedai tertentu sahaja di bandar itu.

Portal berita Yemen, Al-Masdar Online melaporkan kerajaan Houthi menghebahkan larangan menerusi pembesar suara di sekitar kawasan jalan yang meminta golongan wnaita tidak keluar tanpa mahram serta menetapkan premis perniagaan yang boleh dikunjungi mereka. Sebelum ini, Houthi menangkap puluhan wanita kerana melanggar etika pemakaian Islam, mengharamkan nyanyian di majlis perkahwinan serta menahan penyanyi dan artis yang mencabar larangan itu.

Penganalisis Konflik Yemen, Nadwa Al-Dawsari berkata, Houthi hanya mahu menjadikan wanita sebagai alat kepada lelaki dan berfungsi sebagai mesin pembuat bayi untuk menghasilkan pejuang.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines



Render Time: 2025-03-29 18:11:13