Polis Evo 3: Filem aksi cemerlang Syafiq Yusof

Malaysia News News

Polis Evo 3: Filem aksi cemerlang Syafiq Yusof
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 71 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 32%
  • Publisher: 51%

BERITA GAYA Polis Evo 3: Filem aksi cemerlang Syafiq Yusof

Jenama Polis Evo memang antara filem genre aksi tempatan yang diingati sejak bertemu khalayak pada tahun 2015. Setiap sekuelnya ditunggu, dibualkan di media sosial dan meraih kutipan puluhan juta ringgit di panggung.

Baru minit ketiga filem ini ditayangkan saya terangguk-angguk, gembira kerana Polis Evo 3 terus menyajikan paduan aksi dengan cuitan jenaka antara Zizan Razak, Shaheizy Sam juga Michael Ang. Jenakanya bijak dan bersahaja, bukan lawak slapstick merendah mana-mana jantina atau pihak. Seperti babak di kedai cincin, seorang lelaki berbangsa Cina dengan loghat pekat Terengganu menggodanya dengan pelbagai jenis cincin kahwin. Mengekalkan sebutan loghat di dalam dialog juga bijak kerana ia menjadikan filem ini hidup lebih nyata dalam nuansa tempatan.

Kata orang, ketakutan dari masa lalu adalah musuh yang sukar ditumpaskan. Di sinilah Khai harus berperang dengan masa lalunya bersama Reza. Dari sebuah persahabatan yang cukup akrab, masing-masing membawa jalan masing-masing. Reza kembali setelah beberapa tahun bersama dendam. Sharnaaz memang sedang bergelut dengan hidupnya semasa penggambaran Polis Evo 3. Kesakitan dan kerapuhan perasaan itu dibawa Sharnaaz menjiwa Reza. Aksi Reza memaut kolar baju Khai, dalam mata yang bergenang air mata dendam dan kesedihan sangat memukau.

Cuma mungkin jika boleh diberikan cadangan, saya merasakan act tiga filem ini boleh lebih diperkemaskan terutamanya babak pergaduhan Khai dan Reza. Ia habis terlalu sekejap. Sekiranya lebih intens, atau lebih drama ketegangan akhir antara dua sahabat baik ini berlaku, mungkin Polis Evo 3 akan lebih mengesankan.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Polis Evo 3 rakes in RM1.3mil in sneak previewPolis Evo 3 rakes in RM1.3mil in sneak previewTHE action comedy film Polis Evo 3 successfully made a whopping RM1.3mil during its sneak preview on Wednesday, Astro Awani reported.
Read more »

Suspek bunuh empat mangsa termasuk pegawai polis Jepun ditahanSuspek bunuh empat mangsa termasuk pegawai polis Jepun ditahanAsia LUARNEGARA Suspek bunuh empat mangsa termasuk pegawai polis Jepun ditahan
Read more »

Penunjuk perasaan AS dipukul polis terima pampasanPenunjuk perasaan AS dipukul polis terima pampasanSekurang-kurangnya 19 bandar di AS akan membayar pampasan kepada penunjuk perasaan yang mengalami kecederaan akibat tindakan penguatkuasaan.
Read more »

Polis klasifikasi kematian warga emas semasa operasi anjing liar mati mengejut | The Malaysian InsightPolis klasifikasi kematian warga emas semasa operasi anjing liar mati mengejut | The Malaysian InsightBedah siasat mengesahkan lelaki berusia 79 tahun itu meninggal dunia akibat kesukaran bernafas, kata Polis Bentong.
Read more »



Render Time: 2025-02-27 12:41:55