Polis cari dua lelaki curi topi keledar
KLUANG: Polis kini sedang mengesan dua lelaki yang dirakam oleh kamera litar tertutup kerana mencuri topi keledar milik seorang lelaki yang membeli-belah di sebuah pasar raya di bandar ini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrain Mohd. Noh berkata, kejadian dirakam antara pukul 5.30 hingga 5.55 petang semalam di tempat letak motosikal di pasar raya berkenaan. Katanya, pemilik topi keledar, Fadzil Salleh, 52, telah datang ke pasar raya berkenaan pada pukul 5.30 petang semalam dengan menaiki motosikal dan mengunci topi keledar miliknya sebelum beredar untuk membeli barangan.
“Selepas membeli barang kira-kira 25 minit, pengadu mendapati topi keledar yang dikuncinya telah tiada di atas motosikal dipercayai dicuri. “Semakan menerusi CCTV mendapati dua orang lelaki yang belum dikenal pasti telah memotong tali topi keledar sebelum melarikan diri menggunakan motosikal jenis Ego Avantiz,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tiada laporan kehilangan kes mayat dalam guniPolis belum menerima laporan polis kehilangan waris berkaitan kes penemuan mayat dalam guni 12 Januari lalu.
Read more »
Guru besar beri alasan sudah biasa keluar wang tanpa polis pengiring | The Malaysian InsightPolis tidak pernah menerima permohonan polis pengiring daripada guru besar berusia 50 tahun itu.
Read more »
Sindiket curi kabel tumpas, sub kontraktor antara ditahan polisModus operandi kumpulan itu adalah mencuri kabel bawah tanah melalui 'man hole' dengan menyamar sedang membuat tugas selenggara kabel TM untuk mengaburi pihak berkuasa.
Read more »
Sindiket edar ganja tumpas, bekas Koperal antara ditahan polisBekas anggota polis berpangkat Koperal berusia 33 tahun itu dibuang kerja pada 2018 kerana kesalahan berkaitan dadah dan telah bertugas selama 11 tahun yang mana penugasan terakhir ialah di Marang, Terengganu.
Read more »
Nafi terbabit pelaburan, laporan polis dibuat - FadillahUntuk rekod poster palsu sama pernah disebarkan melalui perkongsian di media sosial pada tahun lalu oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Read more »
Wang bantuan awal sekolah disamun: Guru besar tidak mohon polis pengiringTidak buat permohonan pengiring polis untuk transaksi pengeluaran wang berkenaan kerana sudah berpengalaman 10 tahun dalam mengendalikan situasi itu.
Read more »