Georgetown Bayi perempuan yang cedera di kepala selepas dicampak dari tingkat empat Flat Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru, semalam masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan AA Anbalagan berkata, keadaan bayi malang berusia dua hari itu stabil."Kita kini giat memburu bapa bayi itu yang juga teman lelaki remaja berkenaan untuk siasatan lanjut.
"Keluarga remaja berkenaan yang berada di Kelantan sudah dimaklumkan mengenai kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.Dalam kejadian 8 pagi semalam, bayi berkenaan ditemui penghuni flat selepas terdengar bunyi dentuman kuat di luar rumah. Siasatan polis membawa kepada penahanan remaja perempuan itu yang juga pembantu kedai dan mengaku melahirkan bayi pada 7 pagi di dalam tandas rumah tanpa pengetahuan ahli keluarga.
Dia didakwa membuang bayi itu dari tingkap empat rumah selepas panik dan mengelak diketahui ahli keluarga.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Campak bayi ke gaungSEORANG lelaki dari California seperti dirasuk syaitan apabila membunuh bayi perempuannya berusia 12 bulan dengan mencampak mangsa ke dalam gaung di tepi lebuh raya.
Read more »
Ibu, bayi, jururawat, mautkabul Sekurang-kurangnya 14 orang, termasuk bayi dan jururawat terbunuh selepas tiga lelaki bersenjata api menyerang sebuah hospital di sini, pada Selasa.
Read more »
Campak bayi dari tingkat 4PEMBANTU kedai tergamak mencampak bayi perempuannya yang baharu dilahirkan dari tingkat empat rumah didiaminya di Flat Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru dekat Georgetown, hari ini.
Read more »
Remaja 18 tahun ditahan campak bayi baru lahir | The Malaysian InsightKetua Polis Daerah Barat Daya Supt A. A Anbalagan berkata penahanan remaja perempuan itu dibuat selepas polis melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah.
Read more »
Reman 4 suspek kes palsu dokumen bayi disambungkangar EMPAT daripada tujuh individu yang disyaki terbabit dalam pemalsuan dokumen kelahiran dan pemindahan milikan terhadap seorang bayi lelaki berusia tiga bulan pada 5 Mei lalu di Arau disambung reman sehingga 16 Mei ini.
Read more »
Polis 'pecah' rumah kosongPetaling pkpd Rumah yang tidak berpenghuni dan didapati kosong di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pasar Jalan Othman, di Petaling Jaya, akan dipecah masuk bagi memastikannya berkenaan benar-benar kosong.
Read more »