PN tolak permohonan Pejuang jadi komponen

Malaysia News News

PN tolak permohonan Pejuang jadi komponen
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 60 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 27%
  • Publisher: 51%

Sebelum ini, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memaklumkan, pihaknya sudah mengutuskan surat kepada Muhyiddin selaku Pengerusi PN supaya partinya diterima sebagai anggota komponen PN.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berlangsung semalam.

“Majlis Tertinggi telah membuat keputusan menolak permohonan kemasukan Parti Pejuang Tanah Air ke Perikatan Nasional,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau dilaporkan berkata pertimbangan dibuat selepas pihaknya mendapati tidak memadai kerjasama pakatan pilihan raya diwujudkan hanya untuk mengelakkan pertindihan kerusi yang ditandingi terutamanya ketika perlu menggunakan lambang berasingan oleh kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, Hamzah memaklumkan, Masjid Tertinggi PN juga membuat ketetapan mengekalkan penggunaan lambang PN dalam Pilihan Raya Negeri Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.“Majlis Tertinggi turut mengarahkan jentera pilihan raya di enam negeri tersebut agar memperkukuhkan persiapan dan kesiapsiagaan di tahap tertinggi,” jelas beliau.

Hamzah memberitahu, Majlis Tertinggi PN mengumumkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PN manakala Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Sabah dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Wilayah Persekutuan. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Jeng Hon on cloud nine after fairy-tale ending in National C’shipsJeng Hon on cloud nine after fairy-tale ending in National C’shipsJeng Hon on cloud nine after fairy-tale ending in National C'ships
Read more »

SJKT PJS1 sekolah Tamil ke-100 di SelangorSJKT PJS1 sekolah Tamil ke-100 di Selangor'Hari ini terdapat 20 pelajar yang mendaftarkan diri secara keseluruhan dan terdapat juga pelajar pra sekolah dalam lima orang'.
Read more »

Zii Jia: I have fallen back in love with badmintonZii Jia: I have fallen back in love with badmintonPETALING JAYA: Lee Zii Jia has fallen back in love with badminton.
Read more »

Coach Pan-gon reminds his Tigers to earn their stripesCoach Pan-gon reminds his Tigers to earn their stripesPETALING JAYA: No one is guaranteed a seat in the national team.
Read more »

Diana Danielle files for divorce from Farid KamilDiana Danielle files for divorce from Farid KamilPETALING JAYA, March 20 — After being married for almost 11 years, actress Diana Danielle has filed for divorce from her husband and actor Farid Kamil at the Petaling Lower...
Read more »



Render Time: 2025-03-01 07:16:07