PM ucap takziah pada Sultan Terengganu BERITA NASIONAL TERKINI
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah pada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah serta Kerabat Diraja atas kemangkatan bonda, Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah, hari ini.
“Semoga KDYMM Tuanku dan seluruh Kerabat Diraja tabah menghadapi dugaan ini dan mendoakan agar roh Almarhumah ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook. Tengku Besar Terengganu mangkat di Kuala Lumpur pada 3.17 pagi tadi dan dimakamkan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di sini, petang ini.
Datuk Pengelola Diraja, Datuk Mohd. Sopian Abu Bakar melalui satu kenyataan memaklumkan, jenazah Allahyarham dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus dekat sini dengan pesawat khas. “Seterusnya, jenazah akan dibawa ke Istana Al-Muktafi Billah, Kuala Terengganu dengan kereta jenazah untuk penghormatan terakhir.Sultan Terengganu juga memperkenankan tempoh berkabung selama lima hari bermula hari ini. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Mother of Terengganu Sultan dies, five-day mourning period announcedKUALA TERENGGANU, Aug 3 — The Sultan of Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin’s mother, Tengku Besar of Terengganu, Fatimah Sharifah Nong Alsagoff Abdillah, passed away at...
Read more »
Mother of Terengganu's Sultan Mizan passes awayKUALA TERENGGANU: The Sultan of Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin's mother, Tengku Besar of Terengganu, Fatimah Sharifah Nong Alsagoff Abdillah, passed away at 3.17am Thursday (Aug 3) morning.
Read more »
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah pada Sultan TerengganuYang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Terengganu, Sultan
Read more »
PRN: PN mohon permit ceramah 4 kali ganda banding BN-PH di TerengganuPRN: PN mohon permit ceramah 4 kali ganda banding BN-PH di Terengganu FMTNews FMTBerita
Read more »