PM kesembilan: Harapan dan cabaran - Utusan Digital

Malaysia News News

PM kesembilan: Harapan dan cabaran - Utusan Digital
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 73 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 32%
  • Publisher: 51%

PM kesembilan: Harapan dan cabaran

PERDANA Menteri ke-9 telah selesai pelantikannya pukul 2.40 petang semalam. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah sah sebagai Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan pada 16 Ogos lalu. Proses pemilihan perdana menteri baharu berjalan lancar dengan struktur politik dan pentadbiran serta kebijaksanaan dan kecekapan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.

Kita semua berharap kerajaan ini akan terus kuat dan mantap serta berkesan dan berjaya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi negara, iaitu isu kes baharu Covid-19 mencanak yang masih serius dan masalah pertumbuhan ekonomi yang belum selesai serta kadar pengangguran tinggi. Selesainya isu politik dengan pelantikan perdana menteri baharu benar-benar diharap akan menjadi langkah pertama dalam menyelesaikan masalah sosial kesihatan dan masalah ekonomi.

Adalah wajar sekali kesemua ahli Parlimen yang membentuk kerajaan ini benar-benar ikhlas dan jujur serta tidak meletakkan kepentingan diri, jawatan dan material dalam memberikan sokongan. Penekanan ini perlu selalu diutarakan oleh pimpinan utama kerajaan dan setiap parti komponen. Untuk kepentingan politik yang lebih jauh, semua ahli perlu memberikan keyakinan kepada rakyat dan para pengundi khususnya bahawa mereka benar-benar ikhlas dan bersifat negarawan .

Perbincangan dengan parti-parti utama iaitu UMNO, Bersatu, Pas dan GPS dengan peruntukan setara dan wajar serta diterima oleh parti masing-masing adalah perlu. Hanya calon yang layak perlu dilantik ke jawatan menteri dan timbalan menteri. Parti-parti kecil yang lain perlu diberi peluang bagi jawatan menteri atau timbalan menteri jika ada calon yang layak. Calon timbalan perdana menteri seharusnya dipilih daripada Bersatu kerana parti ini adalah komponen kedua terbesar dengan 31 ahli Parlimen.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

PDRM terus komited berkhidmat bawah PM ke-9 - Utusan DigitalPDRM terus komited berkhidmat bawah PM ke-9 - Utusan DigitalKetua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya kekal komited dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan dalam menjaga keselamatan negara dan menjunjung kedaulatan undang-undang.
Read more »

Botak kepala nazar Ismail Sabri jadi PM - Utusan DigitalBotak kepala nazar Ismail Sabri jadi PM - Utusan DigitalBotak kepala nazar Ismail Sabri jadi PM
Read more »

Ismail Sabri kena jadi PM buat semua rakyat - Utusan DigitalIsmail Sabri kena jadi PM buat semua rakyat - Utusan DigitalIsmail Sabri kena jadi PM buat semua rakyat
Read more »

Enggan layan tuntutan protes, PM Australia pertahan perintah berkurung - Utusan DigitalEnggan layan tuntutan protes, PM Australia pertahan perintah berkurung - Utusan Digital'Saya tahu kita tidak boleh hidup berkurung selama-lamanya, tetapi dalam masa sama anda perlu tukar gear sehingga 70 peratus komuniti divaksin sepenuhnya,'
Read more »

PM sampai ucapan perdana petang ini - Utusan DigitalPM sampai ucapan perdana petang ini - Utusan DigitalTerdahulu, Ismail Sabri tiba di Pejabat Perdana Menteri, di bangunan Perdana Putra, di sini kira-kira pukul 10.55 pagi tadi.
Read more »

[VIDEO] PM tinggalkan Perdana Putra lepas selesai rakaman perutusan sulung - Utusan Digital[VIDEO] PM tinggalkan Perdana Putra lepas selesai rakaman perutusan sulung - Utusan DigitalPerdana Menteri kesembilan itu dijadual menyampaikan ucapan sulung beliau pada pukul 5.30 petang hari ini.
Read more »



Render Time: 2025-02-18 18:39:51