Parlimen Ukraine kelmarin meluluskan pelantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Naftogaz, Sergey Koretsky sebagai Perdana Menteri baharu.
KYIV: Parlimen Ukraine kelmarin meluluskan pelantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Naftogaz, Sergey Koretsky sebagai Perdana Menteri baharu. Pelantikan itu dibuat ketika Presiden Volodymyr Zelensky meneruskan rombakan kerajaan kurang setahun selepas perubahan Kabinet sebelum ini, di tengah tekanan yang semakin memuncak ke atas Ukraine di medan perang dan isu rasuah dalam sektor tenaga.
Koretsky turut dikaitkan dengan ahli perniagaan, Timur Mindich yang dilaporkan meninggalkan Ukraine ke Israel susulan skandal rasuah berprofil tinggi. Siasatan yang sedang dijalankan tertumpu kepada dakwaan penyelewengan dana berjumlah AS$100 juta membabitkan syarikat pengendali tenaga nuklear milik negara, Energoatom. Menurut agensi antirasuah yang disokong negara Barat, Mindich dipercayai mempunyai kaitan dengan skandal itu, sekali gus menambah tekanan terhadap pentadbiran Zelensky yang berdepan penelitian berhubung usaha membanteras rasuah. Menurut Ahli Parlimen Ukraine, Oleksiy Honcharenko, Koretsky adalah ‘orang kepercayaan Mindich’.
Dakwaan itu dibuat pada Ogos tahun lalu dengan merujuk rakaman pengawasan didakwa bocor daripada siasatan rasuah dan kemudian diterbitkan oleh media. Honcharenko berkata, Koretsky dilantik mengetuai Ukrnaftoburinnya, sebuah syarikat tenaga swasta yang sebelum ini dimiliki oleh bekas penaung Zelensky, Igor Kolomoysky, selepas diambil alih kerajaan.
“Dalam perancangan itu, mereka mahu menguasai aliran kewangan mengeluarkan dana berbilion dolar,” tambahnya Katanya, berdasarkan perancangan itu, individu-individu yang dipercayai mereka akan ditempatkan mengisi jawatan-utama Semua rancangan itu dibincangkan dan dilaksanakan di apartmen Mindich. Beliau turut mendakwa Koretsky merupakan pelaksana utama rancangan itu dan menyelaraskan semua keputusan penting bersama Mindich, yang menurutnya bertindak bagi pihak Zelensky.
Siasatan terhadap skandal Energoatom meningkatkan ketegangan antara pentadbiran Zelensky dengan Biro Antirasuah Kebangsaan Ukraine dan Pejabat Pendakwa Raya Antirasuah Khas , kedua-duanya disokong negara Barat. Skandal itu turut dikatakan membawa kepada peletakan jawatan Ketua Staf Presiden, Andriy Yermak,yang sering digelar media Ukraine sebagai ‘kardinal kelabu’ kerana pengaruh besarnya dalam pentadbiran negara. Mei lalu, NABU dan SAPO menamakan Yermak sebagai suspek dalam siasatan berasingan membabitkan dakwaan pengubahan wang haram. – AGENSI
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PARLIMEN: Ajaran sesat di alam maya dan tertutup, sukarkan penguatkuasaanPenyebaran ajaran sesat di negara ini kini beralih daripada pertemuan fizikal kepada penggunaan media sosial dan aplikasi mesej tertutup.
Read more »
PARLIMEN: Tiada syarat tambahan pemeriksaan kesihatan pemandu 70 tahun ke atasKerajaan tidak mewajibkan pemeriksaan kesihatan sebagai syarat tambahan bagi pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) kenderaan persendirian bagi pemandu berusia 70 tahun ke atas.
Read more »
Wawasan mahu laporan penuh pelaburan dana KWAP dibentang di ParlimenKerajaan disaran membentangkan laporan menyeluruh kepada Parlimen mengenai pelaburan dalam syarikat eFishery yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM200 juta kepada dana Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).
Read more »
Parlimen Israel bubar hari iniParlimen Israel pada awal Jumaat dibubarkan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya pada Oktober, sekali gus menamatkan siri kelulusan rang undang-undang pada saat akhir oleh kerajaan yang bertujuan memenuhi tuntutan sekutunya.
Read more »




