PKR Negeri Sembilan bergolak?
SEREMBAN: PKR Negeri Sembilan kini dikatakan bergolak selepas terdapat usaha menggantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun daripada jawatannya itu.
“Memang ada cadangan itu sebelum ini, memang saya sendiri mengakui ada menandatangani SD dan beberapa rakan lain. Kita mahu hantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi cadangan itu belum dapat diteruskan dan tergendala disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Negeri dekat sini hari ini.
Kedua-dua mereka adalah ADUN PKR di Labu dan Ampangan dan masing-masing merupakan Exco Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan. “Isu ini adalah hal dalaman parti, tetapi jika perkara ini keluar dan tular, memang saya tidak bersetuju kerana ia tidak dibincang terlebih dahulu. Perkara ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan nama parti untuk hadapi PRU-15, minggu ini kita akan buat satu mesyuarat khas tertutup bagi membincangkan perkara ini,” katanya.
“Selaku Pengerusi MPN, beliau gagal dalam memimpin dan memperkasakan cabang serta ahli parti sehingga menyebabkan hilangnya keyakinan ahli serta penggerak parti di akar umbi.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Istana Negeri Sabah now known as Istana Seri Kinabalu | Malay MailKOTA KINABALU, Sept 6 — Istana Negeri Sabah is now known as Istana Seri Kinabalu, according to the Sabah State Government Gazette. The gazette was issued by State Secretary Datuk Safar Untong on Aug 5 and published on Aug 26. (https://www.sabah.gov.my/gazette/). The State Government...
Read more »