KualaLumpur Perkhidmatan rangkaian rel transit kembali beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP bermula esok.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Abdul Hadi Amran berkata, ia selaras prosedur operasi standard dikeluarkan kerajaan yang membenarkan semua perkhidmatan rel beroperasi sepenuhnya kecuali ETS dan KTM."Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya, LRT Ampang-Sri Petaling, MRT laluan Sungai Buloh-Kajang dan laluan monorel yang dikendalikan Rapid Rail akan menamatkan arahan penjarakan sosial dalam tren.
"Tanda penjarakan sosial di dalam tren dan stesen sudah dikeluarkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.Antaranya ialah pekerja dan penumpang mempunyai suhu lebih 37.5 darjah celsius tidak dibenarkan masuk, memakai pelitup muka, menggunakan cecair pembasmi kuman tangan selain digalakkan menggunakan fasiliti serta transaksi bukan tunai seperti pas bulanan atau kad Touch N Go."Kerja membasmi kuman dan pembersihan stesen serta tren akan dilakukan secara berterusan," katanya.
Katanya, jumlah penumpang dijangka kembali seperti biasa iaitu 750,000 penumpang sehari berbanding 200,000 ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat . Rapid Rail menyeru dan berharap pengguna mendisiplinkan diri dan mematuhi normal baharu dalam penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam bagi mengawal penularan wabak Covid-19.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Usaha kekang Covid-19 diteruskan dengan PKPP | The Malaysian InsightAkta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 akan digunakan untuk memantau situasi.
Read more »
Pulau Pinang ambil ketetapan berhubung PKPP pada Rabu | The Malaysian InsightKerajaan negeri Pulau Pinang akan meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat buat sementara.
Read more »
PKPP: Boleh melancong dalam negerikualalumpur Pemain industri pelancongan yang terjejas teruk berikutan penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), boleh menarik nafas lega selepas dibenarkan operasi bermula 10 Jun ini.
Read more »
7 strategi PKPPPELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula 10 Jun ini berteraskan kepada tujuh strategi, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Read more »
Mesyuarat, bengkel dibenarkan sepanjang PKPPkualalumpur Mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun ini dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan mengoptimumkan ruang, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Read more »
PKPP: Kelonggaran aktiviti sukan, rekreasiKuala Lumpur: Aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak membabitkan sentuhan dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Read more »