kualalumpur Status penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir 14 April ini dilanjutkan atau tidak, dijangka terjawab hari ini.
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian, semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat satu pengumuman mengenai langkah berikutnya bagi membendung penularan Covid-19.
Kerajaan melaksanakan PKP dengan hasrat memutuskan rantaian penularan Covid-19, dengan fasa pertama dari 18-31 Mac, diikuti fasa kedua dari 1-14 April. Sementara itu, kadar pematuhan PKP adalah 97 peratus setakat semalam dan Polis Diraja Malaysia mengeluarkan 95 notis kompaun RM1,000 setiap satu terhadap individu ingkar PKP.
Sehingga kini, sebanyak empat lokasi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat , membabitkan Simpang Renggam , Hulu Langat , dan tiga bangunan di Kuala Lumpur iaitu Menara City One, Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PM dijangka jawab teka-teki tempoh PKP hari iniKadar pematuhan PKP adalah 97% dan polis mengeluarkan 95 notis kompaun terhadap individu ingkar PKP semalam. FMTNews PKP Covid19
Read more »
MPM tidak keluar arahan perketat PKPMAJLIS Perbandaran Manjung (MPM) menafikan ada mengeluarkan arahan memperketatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengikut zon di Manjung.
Read more »
Orang Asli tidak terpinggir semasa PKP, kata Ismail Sabri | The Malaysian InsightSegala bantuan kepada hampir 50,000 isi rumah Orang Asli disalurkan melalui Jakoa.
Read more »
PKP dilanjut atau tidak diketahui esokMKN menyenaraikan cadangan garis panduan dan SOP untuk dibincangkan bersama KKM. FMTNews IsmailSabriYaakob PKP
Read more »
Ingkar PKP kompaun RM1,000putrajaya POLIS Diraja Malaysia menguatkuasakan tindakan kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.
Read more »
Indeks jenayah menurun sepanjang PKP, kata polis | The Malaysian InsightKadar indeks jenayah harian adalah 116 kes berbanding 350 kes pada hari biasa.
Read more »