Kementerian Kesihatan Malaysia akan membuka semula PICKids jika ada permintaan oleh rakyat terutama di kawasan pedalaman.
BAGAN SERAI: Kementerian Kesihatan Malaysia akan membuka semula Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak -Kanak jika ada permintaan oleh rakyat.
“Namun sekiranya ada permintaan khas daripada rakyat di satu -satu tempat yang mahukan PICKids, KKM akan mempertimbangkannya untuk dilaksanakan di tempat tersebut,” katanya. Menurut Noor Azmi, permintaan pelaksanaan PICKids boleh dibuka semula sekiranya terdapat permintaan khas seperti kawasan pedalaman yang tiada liputan telekomunikasi atau kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak..“Permohonan akan dipertimbangkan mengikut kewajaran dan kepentingan rakyat di kawasan itu bagi membuka semula PICKids di tempat tersebut,” katanya.