Petron dengan kerjasama PDRM anjur program Go-To-Safety-Point demi keselamatan masyarakat setempat
Demi membuktikan komitmen syarikat terhadap keselamatan masyarakat, Petron telah menjalinkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia menerusi program Go-To-Safety-Point . Diketuai oleh PDRM, Program GTSP ini merupakan inisiatif kerajaan di bawah “United Against Crime” yang bertujuan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.
Pelancaran program ini disempurnakan bersama PDRM kontinjen Sabah dengan melakukan simulasi situasi kecemasan di Petron Minintod, Sabah pada 20 Oktober lalu. Ia dilancarkan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Jauteh Dikun yang mensimulasikan situasi kecemasan. Latihan itu juga berfungsi sebagai latihan nyata kakitangan stesen untuk mempraktikkan pengetahuan mereka apabila berhadapan dengan situasi yang sama pada masa hadapan.
“Program GTSP ini merupakan salah satu cara Petron menyumbang kepada keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Kami ingin meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap program GTSP dan ingin orang awam menjadikan Petron sebagai lokasi selamat dimana mereka boleh mendapatkan bantuan awal sekiranya berlaku kecemasan.
Petron Malaysia merupakan syarikat minyak pertama yang menguatkuasakan GTSP di stesen-stesen servis. Sejak 2013, semua stesen servis Petron di seluruh negara telah sedia GTSP dan mempunyai pelekat tingkap GTSP telah ditampal pada dinding kaca stesen tersebut.