'Jangan sampai rakyat Johor desak untuk keluar dari Malaysia, mungkin Johor lebih maju jika berdiri atas kaki sendiri,' tegas baginda.
ISKANDAR PUTERI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan Kerajaan Persekutuan supaya menghormati perjanjian yang termaktub dengan kerajaan negeri dalam penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan tidak mencabulinya dengan sesuka hati.
“Perdana Menteri ketika itu telah membuat keputusan sendiri dengan mengarahkan Peguam Negara cuti berehat pada ketika Kabinet belum dibentuk, Johor juga langsung tidak dirujuk sedangkan keputusan itu melibatkan tanah dan kedaulatan Johor. Oleh itu, saya mahu kerajaan ambil tindakan tegas terhadap pihak yang langgar kuasa negeri.
“Saya rasa sedih dengan bangunan Persekutuan yang tidak diselenggara dengan baik seperti HSA , HSI , Kompleks CIQ di BSI dan juga kemudahan UTC yang perlu dipertingkatkan dengan sistem penyampaian lebih cekap dan selesa. Dalam pada itu, baginda turut mengingatkan kerajaan negeri Johor supaya berani melakukan perubahan demi kepentingan rakyatnya.