Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob berkata, ketika ini tahap kesiapsiagaan pasukan itu di Laut China Selatan berada pada tahap memuaskan sahaja, berdasarkan keadaan aset sedia ada.
Ia penting khususnya dalam menghadapi situasi geo-strategik dan politik dunia termasuk di rantau ini yang tidak menentu serta tiada jaminan kestabilan termasuk pertembungan secara berterusan kuasa besar di Laut China Selatan.
“Banyak yang boleh dilakukan untuk memastikan kita berada pada tahap yang lebih baik lagi, termasuk perolehan LCS dan LMS batch kedua yang memberi kita dimensi keupayaan tempur yang berbeza. Bagi LMS kumpulan kedua pula, beliau berharap kaedah perolehan dapat dimuktamadkan tahun ini dan TLDM secara amnya sudah bersedia dengan spesifikasi yang dikehendaki.
Beliau berkata, walaupun TLDM sudah memperoleh empat LMS dalam kumpulan pertama, ia sebenarnya tidak begitu menepati keperluan pasukan itu kerana tiada keupayaan tempur, justeru pihaknya mencadangkan perolehan LMS kumpulan kedua yang dirasakan lebih sesuai dalam memenuhi keperluan masa kini dan akan datang.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Navy chief says LCS reconstruction to commence after sixth supplemental agreement is signedLUMUT, April 27 — The project on the reconstruction of the littoral combat ships (LCS) is expected to begin three months after the sixth supplemental agreement is concluded,...
Read more »
LCS construction to begin after 6th supplemental agreement signed, says Navy chiefLUMUT: The project for the construction of littoral combat ships (LCS) is expected to begin three months after the sixth supplemental agreement is concluded, says Admiral Datuk Abdul Rahman Ayob.
Read more »
Projek tambak laut PSI dapat kelulusan EIAKelulusan itu adalah berasaskan 71 syarat yang ditetapkan termasuk keperluan meneruskan pelaksanaan Skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) dan Pelan Induk Pengimbangan Ekologi (PEOM) projek berkenaan.
Read more »