KualaLumpur Pergerakan Pemuda Umno akan menggerakkan jentera di 191 bahagian bagi memantau pelaksanaan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).
Ia juga bertujuan memberikan maklum balas daripada semasa ke semasa kepada kerajaan untuk memastikan objektif pemulihan ekonomi negara mampu direalisasikan.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya juga menyarankan ahli politik tidak kira daripada gabungan parti dalam kerajaan mahupun pembangkang segera melakukan gencatan politik buat seketika merealisasikan agenda pemulihan ekonomi rakyat. Katanya, tempoh tiga hingga enam bulan akan datang adalah saat paling getir buat rakyat untuk kembali menyesuaikan diri dalam kehidupan yang mencabar lantaran kegawatan ekonomi semasa pasca Perintah Kawalan Pergerakan akibat Pandemik Covid-19.
Pemuda Umno menyambut baik pengumuman 40 inisiatif dan insentif di bawah Penjana kelmarin yang bersifat menyeluruh dan mencakupi semua pihak termasuklah golongan pekerja, perusahaan kecil dan sederhana, belia dan rakyat biasa di pelbagai peringkat. Walaupun terpaksa menghadapi serangan, tohmahan, dan kegilaan politik sesetengah pemimpin serta parti politik yang cuba mengganggu gugat kestabilan pentadbiran, wujudnya pelan Penjana ini adalah bukti kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara dan mengembalikan kesejahteraan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pemuda Umno gesa semua parti laksana ‘gencatan politik’ bantu pulih ekonomiKetuanya, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perebutan kuasa berterusan hanya akan memudaratkan rakyat dan negara buat jangka panjang. FMTNews PemudaUmno Penjatan GenjatanPolitik PulihEkonomi
Read more »
SPRM siasat akaun bank Pemuda Bersatu, kata sumber | The Malaysian InsightSiasatan ada kaitan dengan laporan kehilangan RM250,000 daripada simpanan di rumah ketua sayap itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada hujung Mac 2020.
Read more »
SPRM tahan seorang lagi Pemuda Bersatu, siasat duit Syed Saddiq hilang | The Malaysian InsightBendahari sebuah pertubuhan beliau itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Read more »
Catatan FB penahanan Pemuda PPBM, SPRM buat laporan polisSPRM meminta semua pihak tidak mempolitikkan penahanan anggota Pemuda PPBM terbabit. FMTNews SPRM PPBM PDRM
Read more »
Bersatu meeting tonight to formalise Dr Mahathir’s removal, join Umno | The Malaysian InsightSource says Muhyiddin Yassin needs to make it official through the supreme council.
Read more »
Mesyuarat Bersatu akan sahkan penyingkiran Dr Mahathir dan masuk Umno, kata sumber | The Malaysian InsightMesyuarat Bersatu akan sahkan penyingkiran Dr Mahathir dan masuk Umno, kata sumber
Read more »