SEKTOR koperasi merupakan sektor ketiga penyumbang kepada ekonomi negara selepas sektor kerajaan dan sektor swasta.
SEHINGGA Disember 2025, sektor koperasi negara telah mencatatkan prestasi yang memberangsangkan apabila data menunjukkan sebanyak 16,468 koperasi telah didaftarkan dengan 7.3 juta anggota koperasi di seluruh Malaysia.
Sektor ini juga merekodkan jumlah aset sebanyak RM186.75 bilion serta perolehan mencecah RM81.62 bilion. Jelas menunjukkan bahawa sektor koperasi merupakan sektor ketiga penyumbang kepada ekonomi negara selepas sektor kerajaan dan sektor swasta. Saban tahun, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan menganjurkan Hari Koperasi Negara sebagai platform utama memperkukuh dan mempromosikan gerakan koperasi di Malaysia. Tahun ini, Hari Koperasi Negara 2026 diadakan di Pulau Pinang bertemakan “Koperasi Memperkasa Komuniti, Membina Negara Madani” yang berlangsung dari 3 hingga 5 Julai.
Pemilihan bulan Julai adalah simbolik kepada sambutan Hari bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu . Pelbagai pengisian menarik telah diadakan termasuk pameran, jualan, sesi perkongsian ilmu serta aktiviti komuniti. Sebanyak 150 reruai mengambil bahagian dalam program ini yang melibatkan pelbagai sektor seperti ekonomi, pendidikan, teknologi, pelancongan, makanan dan keusahawanan. Antara tarikan utama Hari Koperasi Negara 2026 ialah Jualan Madani Koperasi yang menawarkan barangan keperluan harian serta produk koperasi pada harga lebih rendah dengan penjimatan sehingga 40 peratus berbanding harga pasaran.
Turut disediakan reruai Jom Masuk Universiti, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional , kecerdasan buatan serta MYFutureJobs yang menyediakan maklumat berkaitan pendidikan, latihan kemahiran dan peluang kerjaya kepada pengunjung. Program ini turut diserikan dengan kehadiran pempengaruh media sosial terkenal seperti Makkiah Ferry, “Abang Crime” Faizal Murad dan Azlan The Proton-Type yang menarik minat pengunjung khususnya golongan muda.
Tidak ketinggalan, persembahan istimewa oleh kumpulan nasyid terkenal Saujana juga memeriahkan lagi suasana Hari Koperasi.2026 turut diadakan sebagai aktiviti gaya hidup sihat yang menggalakkan penyertaan komuniti secara menyeluruh dalam suasana santai dan mesra keluarga. –
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
42,807 hilang pekerjaan setakat 12 Jun, sektor pembuatan paling terjejasSeramai 42,807 individu hilang pekerjaan di seluruh negara setakat 12 Jun lalu dengan sektor pembuatan kekal mencatatkan jumlah pemberhentian pekerja tertinggi, susulan peningkatan kos operasi dan ketidaktentuan global.
Read more »
Sidang DUN: Terengganu tarik pelaburan RM399.8 juta suku pertamaSektor perkhidmatan menjadi penyumbang terbesar.
Read more »
Wyndham Ion Majestic, 1001 Nights Hotel perkukuh promosi pelancongan Genting HighlandsWyndham Ion Majestic Hotel dan 1001 Nights Hotel, Trademark Collection by Wyndham, memanfaatkan platform Everse 2026 untuk memperkukuh promosi sektor pelancongan dan hospitaliti Genting Highlands.
Read more »
Jabatan Laut digesa perkasa kempen tandatangan CBAGerakkan kempen kesedaran supaya lebih banyak syarikat perkapalan menandatangani Perjanjian Kolektif (CBA).
Read more »




