Peri penting peranan ibu bapa

Malaysia News News

Peri penting peranan ibu bapa
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 73 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 33%
  • Publisher: 51%

addin Pada hakikatnya galakan kanak-kanak ke masjid adalah satu tuntutan yang sangat mulia

Pada hakikatnya galakan kanak-kanak ke masjid adalah satu tuntutan yang sangat mulia. Mendekatkan mereka dengan masjid adalah sebahagian dari proses pendidikan. Ia bertujuan bagi membiasakan mereka dengan rumah Allah dan menghidupkan rasa cinta dengan masjid. Atas dasar itu dalam hadis yang sahih, Rasulullah mengingatkan bahawa salah satu golongan yang akan diberikan naungan oleh Allah diakhirat kelak adalah lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.

Hadis ini menunjukkan kepada kita bagaimana Rasulullah sendiri membawa cucu Baginda ke masjid dan menjaganya dengan baik. Kelincahan kanak-kanak tersebut tidak menjadi penghalang buat Baginda untuk mendidik cucunya rapat dengan masjid. Begitu juga dalam sebuah hadis yang lain, Syaddad ibn Aus menceritakan bagaimana Rasulullah membawa Saidina Hasan dan Husain ke masjid. Ketika menunaikan solat, Rasulullah dikatakan sujud lebih lama dari biasa. Setelah menyelesaikan solat, Rasulullah menjelaskan bahawa ketika sedang solat tadi, cucu Baginda sudah naik di belakang Baginda sehingga menyebabkan Rasulullah sujud lebih lama dari biasa.

Mereka berhujah dengan sebuah hadis yang menyebut:"Jauhilah masjid-masjid kalian daripada anak-anak kecil kalian." Hadis ini walaubagaimanapun dinilai daif. Manakala sebahagian sarjana Muslim yang lain mengharuskan kanak-kanak kecil ke masjid. Pendapat ini dipegang oleh Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, Imam al-Syaukani dan lain lain. Mereka berhujahkan hadis di atas yang menunjukkan Baginda membawa cucu Baginda ke masjid.

Andai sekiranya ibubapa merasakan anak mereka sukar dikawal sehingga mengganggu jemaah lain, maka lebih baik untuk ditinggalkan anak tersebut sehinggalah mereka memahami keperluan dan nilai etika ketika di masjid.Apabila mereka sudah tiba masanya, maka bawalah anak-anak ini ke masjid bagi menyemai rasa cinta dan mengerti peranan utama masjid dalam Islam.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Ada perbezaan tarikh luput barang antara ‘guna sebelum’ dengan ‘baik sebelum’Ada perbezaan tarikh luput barang antara ‘guna sebelum’ dengan ‘baik sebelum’Ketahui beza label tarikh luput pada produk makanan dan minuman yang tertera ‘baik sebelum’ (Best before) dan ‘guna sebelum’ (Use by). FMTNews FMTOhsem LabelMakanan
Read more »

Yang penting ada kerja, bukan popular sajaYang penting ada kerja, bukan popular sajarap PELAWAK dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar mengakui namanya agak ketinggalan dari segi populariti berbanding rakan pelawak lain sejak memutuskan bekerja di stesen berkenaan sejak 2017 lalu.
Read more »

Belum ada kluster gunting rambut: KKMBelum ada kluster gunting rambut: KKMCovid19 Kluster Pedas, kluster Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, kluster syarikat pembersihan dan kluster warga emas Kuala Selangor dikesan masih aktif
Read more »

'Tak ada rezeki nak dapat anak kembar''Tak ada rezeki nak dapat anak kembar'IMPIAN pelakon Nadya Syahera untuk menimang cahaya mata kembar tidak kesampaian apabila mengalami keguguran.
Read more »

Sushant Singh Rajput ada masalah kemurungan?Sushant Singh Rajput ada masalah kemurungan?Rap Kematian mengejutkan aktor, Sushant Singh Rajput yang dipercayai akibat bunuh diri adalah satu kehilangan besar buat industri seni hiburan Bollywood.
Read more »

Pelajar teruja, ibu bapa pula bimbang sekolah dibuka semula | The Malaysian InsightPelajar teruja, ibu bapa pula bimbang sekolah dibuka semula | The Malaysian InsightWalaupun SOP dikuatkuasakan, tiada jaminan pelajar akan mengikut garis panduan itu setiap masa.
Read more »



Render Time: 2025-02-28 18:17:43