kualalumpur Mahkmah Tinggi menangguhkan prosiding perbicaraan kes skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Rabu.
Hakim Collin Lawrence Sequerah menangguhkan kes itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram memohon kepada mahkamah untuk melapangkan prosiding pada sebelah petang dan esok berikutan saksi kesembilan kes itu tidak sihat.
Terdahulu pada sidang sebelah pagi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang kini dalam peringkat soalan balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan bahawa beliau tidak sihat tetapi masih boleh terus memberi keterangan. Sementara itu, Muhammad Shafee juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau juga tidak sihat bagaimanapun, tetap terus menyoal saksi dengan keadaan suara yang serak.
Prosiding berlangsung hampir satu jam sebelum berhenti pada 10.05 pagi bagi memberi laluan keputusan skandal dana SRC International Sdn Bhd yang membabitkan Najib dibacakan. Sebaik bersambung semula pada 12.30 tengah hari, Sri Ram memohon kepada mahkamah untuk dilapangkan bagi membolehkan Shahrol mendapatkan rawatan kerana bimbang keadaan kesihatannya akan mengganggu proses memberi keterangan.Terdahulu, Muhammad Shafee membangkitkan isu berhubung perlantikan Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB, Nik Faisal Ariff Kamil dan Jasmine Loo Ang Swan .
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
LANGSUNG: Perbicaraan 1MDB disambung, keputusan kes SRC International diumum hari ini | The Malaysian InsightKeputusan sama ada Najib bebas atau dipanggil membela diri untuk kes SRC International akan diumum pagi ini.
Read more »
Dr Mahathir turun Tanjung Piai Rabu iniMahathir mengajak penduduk Tanjung Piai untuk hadir ceramah PH Rabu ini FMTNews TunM TanjungPiai
Read more »
LIVE: Najib's 1MDB trial proceeds, SRC International verdict later today | The Malaysian InsightFormer 1MDB CEO Shahrol Azral Ibrahim Halmi spends another day being cross-examined.
Read more »
Day 33: Najib's 1MDB trial to adjourn briefly for decision on SRC caseLIVE | Malaysiakini brings you live reports from ex-premier Najib Abdul Razak's 1MDB trial.
Read more »
Menjelang 2011, RM5.5 bilion dana awam dikeluarkan dari 1MDB | The Malaysian InsightDipindahkan kepada syarikat dikawal sama ada oleh Low Taek Jho atau sekutunya CEO PetroSaudi International Tarek Obaid.
Read more »
Jho Low recommended non-Bumi 1MDB director to match Najib’s 1Malaysia aspiration, court told | Malay MailKUALA LUMPUR, Nov 11 — Fugitive financier Low Taek Jho had proposed corporate figure Tan Sri Ong Gim Huat to be a board member of the government-owned 1Malaysia Development Berhad (1MDB) due to his credentials and also to fit then prime minister Datuk Seri Najib Razak’s 1Malaysia aspirations,...
Read more »