Beyond the Breaking News

Perak sasar 50 emas Sukma Selangor 2026

Malaysia News News

Perak sasar 50 emas Sukma Selangor 2026
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Sasaran itu bagaimanapun akan dimuktamadkan selepas beberapa sesi penilaian prestasi dan mesyuarat pengurusan dalam tempoh terdekat.

KHAIRUDIN Abu Hanipah melawat pameran pada Festival Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan Perak, di Ipoh hari ini. – UTUSAN/LIYANA RAMLIIPOH: Perak menyasarkan kutipan 50 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia Selangor 2026 yang akan berlangsung pada Ogos depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, sasaran itu hasil maklum balas awal daripada pengurus pasukan dan jurulatih yang menilai potensi atlet berdasarkan persiapan semasa. Menurutnya, sasaran itu bagaimanapun akan dimuktamadkan selepas beberapa sesi penilaian prestasi dan mesyuarat pengurusan yang dijadualkan berlangsung dalam tempoh terdekat.

“Semalam saya mengadakan perjumpaan bersama pengurus, jurulatih dan ketua-ketua kontinjen bagi membincangkan persiapan Perak ke Sukma Selangor. “Berdasarkan pandangan dan penilaian awal mereka, sasaran yang dicadangkan adalah sekitar 50 pingat emas. Namun, angka itu akan diperhalusi semula selepas kita membuat penilaian menyeluruh terhadap prestasi atlet,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Festival Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan Perak di sini hari ini.

Khairudin berkata, Perak akan menghantar 826 atlet untuk menyertai 37 acara pada temasya yang berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos depan. Katanya, persiapan kontinjen negeri telah bermula sejak tahun lalu menerusi pelbagai program pembangunan atlet termasuk kem latihan, pendedahan pertandingan serta pemantauan prestasi secara berterusan.

“Komitmen yang ditunjukkan oleh Majlis Sukan Negeri, persatuan sukan, pengurus pasukan dan jurulatih amat memberangsangkan. “Malah, kerajaan negeri turut melaksanakan inisiatif pelantikan Exco Perak sebagai bapa angkat kepada sukan tertentu bagi membantu memperkukuh persiapan atlet,” katanya. Beliau berkata, sukan tempur dijangka menjadi antara penyumbang utama pingat emas kerana menawarkan jumlah acara yang banyak. Antara sukan yang dikenal pasti berpotensi menyumbang emas ialah silambam, muaythai, olahraga, menembak, memanah dan akuatik.

“Jika sasaran 50 pingat emas dapat direalisasikan, saya percaya Perak berupaya memperbaiki kedudukan ketujuh yang dicapai semasa Sukma Sarawak sebelum ini dan sekurang-kurangnya berada dalam kelompok lima terbaik. Beliau berharap aspek pengadilan khususnya dalam sukan tempur dan seni bela diri diberi perhatian serius oleh penganjur bagi memastikan pertandingan berlangsung secara adil dan telus.

“Elemen pengadilan yang berkualiti penting bagi mengelakkan sebarang pertikaian yang boleh menjejaskan semangat atlet serta imej temasya sukan berkenaan,” katanya. –

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Free Screenings of Classic World Cinema Films Announced for June 2026Free Screenings of Classic World Cinema Films Announced for June 2026The Film Studies and Appreciation Centre will host a free screening series featuring six influential international films across two weekends in June 2026. The program includes classic Bollywood, Yugoslavian, Belgian-French, Filipino, and Taiwanese cinema, with showings scheduled from morning to evening at their Shah Alam location.
Read more »

One Pass Unlocks Two Major Trade Shows: FDM By SIAL 2026 And Chocolate Show 2026One Pass Unlocks Two Major Trade Shows: FDM By SIAL 2026 And Chocolate Show 2026Malaysia takes centre stage with two co-located events, cementing position as a regional F&B gateway with strong halal credentials and focus on chocolate, innovation and culinary talent.
Read more »

Perak eyeng 50 gold medals at Sukma 2026Perak eyeng 50 gold medals at Sukma 2026GEORGE TOWN: Mutiara Line LRT stations at the airport and Bandar Sri Pinang are seeing the fastest construction progress along the alignment since work began.
Read more »

Woman dies after accident on East Coast Expressway 2, Perak team eyes 50 gold medals at Sukma 2026Woman dies after accident on East Coast Expressway 2, Perak team eyes 50 gold medals at Sukma 2026A 57-year-old woman died after suffering a severed left leg in an accident on the East Coast Expressway 2 near the Paka Rest and Service Area in Dungun. In a separate incident, a Perak team is eyeing 50 gold medals at the upcoming Sukma 2026 games.
Read more »



Render Time: 2026-07-17 14:26:41