Dua jaringan babak kedua UiTM FC merosakkan suasana ceria kem Bos Gaurus yang baru menikmati gaji mereka selepas XOX mengambil alih kelab itu, Selasa lalu.
IPOH: Hajat Perak FC untuk menghadiahkan kemenangan buat pemilik baharu, XOX Berhad tidak kesampaian apabila tumpas 0-2 kepada UiTM FC dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Perak, sebentar tadi.Perlawanan antara dua pasukan yang beraksi tanpa pemain import berlangsung seimbang.
Kedua-dua pasukan berbalas serangan menyaksikan bola turun naik tetapi tiada peluang terbuka dicipta.Skrip babak kedua berubah tempo dengan Perak menunjukkan kesungguhan untuk mengenakan tekanan ke kubu lawan. Bagaimanapun, pelawat yang berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-64 apabila Muhammad Izham Solehin Rohadi menanduk masuk hantaran rakan sepasukan.
Perak bangkit dalam usaha mencari gol penyamaan tetapi tidak berjaya merobek gawang dikawal oleh Mohd. Ramdan Abd. Hamid. Sebaliknya pelawat menambah derita anak-anak buah Yusri Che Lah apabila Faris Aiman menyumbat gol kedua untuk mengukuhkan kedudukan UiTM. – UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bos Gaurus makin ‘bernafsu’ buru kemenangan malam iniPemain Perak teruja dengan prospek akan diperkuatkan oleh Indra Putra Mahayuddin, Wan Zack Haikal, Zamer Selamat dan Ahmad Syamim Yahya selepas ini, selain tunggakan gaji mereka akhirnya akan dibayar pemilik baharu minggu ini.
Read more »
‘Yes Bos, Yes Datuk, Yes YB’‘Yes Bos, Yes Datuk, Yes YB’
Read more »
Isu Najib dituduh kahwin dua, SKMM terima laporanIsu Najib dituduh kahwin dua, SKMM terima laporan
Read more »
Ringgit terus susut, catat prestasi terendah dalam dua tahun'Sebenarnya, dolar AS ketika ini melemah namun kerajaan AS menutup kelemahan itu dengan mengumumkan kadar faedah lebih tinggi, yang akan berlanjutan sehingga enam suku akan datang. '
Read more »
Jangan 'pulaukan' universiti daripada masyarakat - MQAUniversiti perlu memasyarakatkan institusinya dengan tidak menjadikannya seperti 'pulau' yang terasing sehingga masyarakat tidak merasa kewujudannya.
Read more »