Mahkamah turut menunggu perkembangan pembetulan nama Zayn Rayyan.
PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini yang bersidang pagi ini akan dimaklumkan perkembangan penyerahan baki dokumen perbicaraan yang akan digunakan pada perbicaraan kes pengabaian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Pada 13 Jun lalu, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf dituduh mengabaikan anak mereka di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam, 6 Disember 2023. Mahkamah turut menunggu perkembangan pembetulan nama Zayn Rayyan ekoran permohonan pihak pembelaan untuk meminda butiran pada sijil kelahirannya dengan memasukkan nama Zaim Ikhwan sebagai bapa kanak-kanak berkenaan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar ketika itu mengesahkan telah menerima salinan sijil lahir berkenaan ketika prosiding kes dan akan memaklumkan kepada mahkamah jika terdapat pindaan nama mangsa dalam kertas pertuduhan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kes tembak KLIA: Mahkamah tetapkan 15 Oktober baki serahan dokumenMahkamah Sesyen Sepang menetapkan 15 Oktober depan untuk penyerahan dokumen bagi kes cuba membunuh isterinya
Read more »
Muhyiddin didakwa di Mahkamah Gua Musang esokIsu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) menerusi ceramahnya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Read more »
Mahkamah benar Na’imah dapat sementara pasport untuk ke ChinaKUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid ...
Read more »
Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang selesai dipuliharaBukti kepesatan pembangunan negara tidak menjejaskan sebarang warisan dan nilai sejarah.
Read more »
Syamsul tidak ‘buka mulut’ lafaz cerai luar mahkamahSyamsul juga menerima dengan hati terbuka apabila tidak dapat melafazkan cerai terhadap Ira Kazar, semalam.
Read more »
Muhyiddin tiba di mahkamah untuk pendakwaan kes sentuh 3RGUA MUSANG: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Gua Musang di sini hari ini, bagi menghadapi pendakwaan berhubung...
Read more »