Penuntut IPT trauma diugut rogol, bunuh

Malaysia News News

Penuntut IPT trauma diugut rogol, bunuh
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 48 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

kualanerus PENUNTUT institut pengajian tinggi (IPT) hidup dalam ketakutan selepas diugut akan dirogol dan dipukul sehingga mati dalam kejadian di sebuah IPT di Kuala Nerus, Khamis lalu.

Kejadian dipercayai berlaku pada 10.30 malam ketika penuntut wanita berusia 23 tahun itu berada di studio di IPT berkenaan sebelum didatangi seorang lelaki dikenali bersama tiga rakan lelakinya.

Menurut sumber, suspek yang juga penuntut IPT sama memaki hamun mangsa sebelum mengugut akan mengupah orang untuk merogol mangsa sambil menunjukkan isyarat lucah. Katanya, mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek yang memalukan di hadapan orang ramai menegur perbuatan suspek sebelum lelaki itu sekali lagi mengugut akan membelasah mangsa sehingga mati.

“Mangsa mendakwa suspek bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang memberi maklumat kepada pihak IPT dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan mengenai dirinya yang dipercayai terbabit dengan dadah.“Susulan kejadian itu, mangsa yang bimbang keselamatan diri membuat laporan di Balai Polis Gong Badak semalam untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Disember 2019 @ 7:37 PM

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines



Render Time: 2025-03-10 14:02:35