rembau Penunggang motosikal berusia 20-an putus kaki kanan selepas dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan dekat Chembong, Rembau, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, kemalangan membabitkan motosikal, kereta dan lori berlaku di Kilometer 23, Jalan Seremban-Tampin, dekat Chembong, kira-kira jam 8.30 malam.
Beliau berkata, kejadian berlaku ketika Honda Accord dipandu seorang lelaki berusia 30-an cuba memotong sebuah lori di hadapannya tetapi gagal lalu merempuh motosikal dari arah bertentangan."Kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal cedera parah dan putus kaki kanan. "Pemandu lori berusia 50 tahun dan pemandu Honda Accord serta penumpang lelaki tidak mengalami kecederaan," katanya hari ini.
Menurutnya, polis masih dalam usaha mengesan pemandu Honda Accord yang meninggalkan lokasi kemalangan selepas berlaku perbalahan antara penumpang kereta dengan orang ramai yang menyaksikan kejadian.Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan berkata, mangsa dibawa ambulans ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk menerima rawatan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Officers who attended May 20 post-Cabinet meeting test negative for Covid-19PUTRAJAYA: Every officer present at a post-cabinet meeting last Wednesday (May 20) tested negative for Covid-19, according to Health Ministry director-general Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah.
Read more »
This is what the Samsung Galaxy Note 20+ could look like | Malay MailKUALA LUMPUR, May 26 ― As we are about to enter the second half of the year, Samsung is getting ready to launch its new Galaxy Note 20 for 2020. Ahead of the launch, we now get a clear look at what it could look like and the design isn’t drastically different from other smartphones released by...
Read more »
Maut rempuh kereta buat pusingan Ukulim SEORANG penunggang motosikal maut selepas merempuh kereta yang membuat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan di Lebuh Perdana Hi Tech di Kulim, hari ini.
Read more »
Ketua audit negara tunjuk progres baik rawatan Covid-19, tidak bergejala | The Malaysian InsightBeliau disahkan positif Covid selepas hadir mesyuarat bersama pegawai kanan kerajaan pada Khamis lalu.
Read more »
Kerajaan ada SOP tempat tinggal pekerja asing, kata Ismail Sabri | The Malaysian InsightKerajaan ada SOP tempat tinggal pekerja asing, kata Ismail Sabri
Read more »