Penumpang wanita disamun, dicabul pemandu e-hailing

Malaysia News News

Penumpang wanita disamun, dicabul pemandu e-hailing
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 34 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 17%
  • Publisher: 51%

gombak Penumpang wanita berdepan detik cemas selepas disamun dan dicabul pemandu e-hailing di Batu Caves di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian itu berlaku pada 6.30 petang ketika mangsa yang berusia 23 tahun menaiki kenderaan e-hailing berkenaan.

"Bagaimanapun, suspek membawa pengadu melalui laluan yang berbeza hingga tiba di kawasan Air Terjun Sungai Tua, Batu Caves," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. "Suspek turut merampas telefon bimbit pengadu dan mengangkat mangsa sehingga separuh baju mangsa terangkat lalu menarik tangan mangsa ke tempat duduk penumpang belakang kereta serta memaksanya membuka baju.

Menurutnya, susulan laporan polis yang dibuat mangsa, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak menahan seorang pemandu e-hailing berusia 25 tahun itu di pekarangan Balai Polis Selayang ketika hadir untuk memberi keterangan.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines



Render Time: 2025-03-17 23:49:14