Penonton maut dirempuh kereta terbabas ketika perlumbaan di Litar Dato' Sagor

Malaysia News News

Penonton maut dirempuh kereta terbabas ketika perlumbaan di Litar Dato' Sagor
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 17 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 10%
  • Publisher: 51%

Rakaman kejadian itu tular dalam media sosial dengan memaparkan dua buah kereta yang sedang berlumba bergesel hingga menyebabkan salah sebuah kereta berkenaan terbabas ke tepi litar.

Kejadian itu menyebabkan beberapa individu yang berada di tepi litar segera lari menyelamatkan diri namun mangsa parah akibat rempuhan berkenaan.

Setakat ini identiti mangsa belum diperoleh dan difahamkan mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang dan disahkan meninggal dunia. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Barudin Wariso ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines



Render Time: 2025-03-01 11:04:46