Nahas berlaku apabila motosikal guru berkenaan tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui susur selekoh ke R&R sebelum melanggar pembahagi jalan hingga tercampak ke kawasan berumput.
HULU TERENGGANU: Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Ubai di Pekan, Pahang maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabas di susur selekoh kawasan rehat dan rawat Ajil di Kilometer 411.2, Lebuhraya Pantai Timur 2 di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 petang itu, mangsa, Sohaimi Karim, 54, meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan Hospital Hulu Terengganu akibat kecederaan parah di bahagian dada. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, mangsa yang menunggang sendirian motosikal jenis Suzuki GSR 750 itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pekan dari arah Pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu.
Katanya, nahas berlaku apabila motosikal guru berkenaan tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui susur selekoh ke R&R sebelum melanggar pembahagi jalan hingga tercampak ke kawasan berumput. “Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu, namun dia menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.44 petang semasa menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
2 maut, 2 lagi parah Perodua Alza terbabas langgar pembahagi jalan - Utusan DigitalPengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 7.09 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
Read more »
9 maut pesawat terhempas di Siberia - Utusan DigitalNahas disiasat berdasarkan kes jenayah kerana melanggar peraturan keselamatan pengangkutan.
Read more »
Lelaki maut ditikam di dada, 3 ditahan polis - Utusan DigitalKES diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Read more »
Seorang lagi mangsa nahas di Gerik maut - Utusan DigitalSeorang lagi mangsa nahas di Gerik maut
Read more »
Peruntukan Bajet 2022 Kementerian Pengajian Tinggi - Utusan DigitalPeruntukan Bajet 2022 Kementerian Pengajian Tinggi
Read more »
Putra Kedah lumpuh, jawatan kuasa parti umum letak jawatan - Utusan Digital'Langkah meninggalkan Putra itu diambil berikutan kegagalan presiden untuk menunjukkan peribadi mulia dan unggul.'
Read more »