Kerajaan Negeri Sabah mengumumkan bantuan khas Aidilfitri dan Pesta Kaamatan sebanyak RM700 kepada penjawat awam negeri.
Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ketika ditemui media pada Majlis Berbuka Puasa Ketua Menteri Sabah Bersama Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Semenanjung, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini malam ini.
Hajiji berkata, kerajaan negeri turut bersetuju mengagihkan bantuan sebanyak RM350 kepada pesara awam negeri. Menurutnya, bantuan khas itu akan diagihkan kepada penjawat awam negeri dan pesara pada 17 April depan. Mengulas mengenai majlis berbuka puasa itu, Hajiji berkata, program itu diadakan setiap tahun bagi meraikan mahasiswa Sabah yang menyambung pengajian di Semenanjung Malaysia.
“Semoga majlis ini dapat meringankan rasa rindu mereka dalam menyambut Ramadan di perantauan,” katanya. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Cuti umum di Melaka sempena hari perisytiharan kemerdekaan“Bumi pertama melaungkan kemerdekaan adalah di Banda Hilir kerana di situlah bendera Union Jack diturunkan. Tarikh rasmi adalah pada 31 Ogos 1957 tetapi tarikh perisytiharannya di Melaka'. - KM Melaka
Read more »
BN mahu kerajaan perpaduan Sabah kekal hingga PRN akan datang, kata Zahid | The Malaysian InsightPresiden Umno berkata situasi tenang dalam kalangan parti politik di Sabah perlu diwujudkan.
Read more »
Lanjutkan tempoh pelepasan cukai SSPN - Hatta RamliKerajaan akan dilihat tidak pro pendidikan susulan tindakan kerajaan memansuhkan pelepasan cukai bagi penyimpan SSPN.
Read more »
Bayaran bantuan Aidilfitri pada 14 April | The Malaysian InsightKerajaan bersetuju tarikh pembayaran kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan diawalkan dari 17 April.
Read more »
Tiada tolak ansur lawan individu rompak kekayaan negara, kata Anwar | The Malaysian InsightIni termasuk pimpinan yang ada dalam kerajaan pusat dan negeri, kata perdana menteri.
Read more »
Cuepacs cadang gaji diawalkan 14 AprilCuepacs berharap pembayaran gaji awal turut melibatkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM700.
Read more »