Penjawat awam dicekup guna dokumen tuntutan matan palsu
PUTRAJAYA: Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana disyaki mengemukakan lima tuntutan mengandungi butir matan palsu berkaitan pembelian perkhidmatan melalui pesanan kerajaan.
Sumber berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi tadi di pejabat SPRM di sini ketika diminta hadir memberi keterangan.“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu bagi kerja-kerja cetakan laporan yang tidak wujud.
“Tindakan itu dilakukan dengan memanipulasi tandatangan pegawai dalam membuat perolehan yang tidak sah tanpa pengetahuan dan tandatangan pengurus projek serta pegawai yang berkaitan,” katanya hari ini. Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Beliau berkata, suspek akan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangannya direkodkan. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Penjawat awam mengaku tidak bersalah empat pertuduhan kemuka butir matan palsuSEREMBAN: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan mengemukakan dokumen mempunyai butir ...
Read more »
Naikkan bonus buat penjawat awam jika KDNK meningkatKerajaan perlu meningkatkan bayaran bonus dan bantuan khas kewangan kepada 1.6 juta penjawat awam sekiranya ekonomi dan KDNK meningkat
Read more »
Rasuah penjawat awam kini guna bitcoinBANGI: Isu rasuah melibatkan perkhidmatan awam kini dilihat semakin kompleks apabila turut melibatkan bitcoin atau mata wang kripto.
Read more »
Prosiding tatatertib penjawat awam didakwa goda isteri orang bawah Akta 574 ditarik balik“Ketetapan ini juga turut dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan...
Read more »
Penjawat awam rugi RM92,000 diperdaya pelaburan palsuPenjawat awam rugi RM92,000 diperdaya pelaburan palsu
Read more »
Polis tumpas sindiket didalangi penjawat awam, rampas RM2 juta dadahKUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah didalangi penjawat awam dengan menahan 10 individu dan merampas dadah pelbagai jenis...
Read more »