alogajah Skim Pembiayaan Pelancongan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) tepat pada masanya dan mampu menyelamatkan industri pelancongan di Melaka, kata Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali.
Beliau berkata, beberapa inisiatif berkaitan cukai pelancongan PENJANA yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, memberi nafas kepada usahawan industri pelancongan yang menerima kesan besar berikutan pandemik Covid-19 yang menyebabkan kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat .
"Sebelum ini, usahawan berkenaan sudah meminta kerajaan negeri memberikan pelbagai inisiatif berkaitan cukai pelancongan dan kami sudah menyampaikannya kepada Kerajaan Persekutuan. "Ini kerana banyak industri pelancongan di negeri ini terjejas akibat Covid-19 dan sebagai negeri yang ekonominya bergantung kepada industri pelancongan, sudah tentulah kerajaan negeri menyambut baik pengumuman Skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA," katanya.
Sulaiman berkata, usahawan industri berkenaan bukan setakat mampu menarik nafas lega dengan pengumuman itu, malah menyusun semula strategi perniagaan dan operasi hotel serta pusat pelancongan masing-masing bagi memastikan mereka mampu memanfaatkan insiatif berkenaan. Semalam, Muhyiddin mengumumkan pembiayaan sebanyak RM1 bilion dalam Skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA bagi membantu pemulihan dalam sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Melaka kaji semula peraturan jual arak | The Malaysian InsightKajian akan melibatkan kerjasama PDRM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan PBT, kata Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali.
Read more »
Melaka kaji semula peraturan penjualan arakKetua menteri mengambil serius isu penjualan minuman keras kerana ia turut menyebabkan masalah sosial lain jika tindakan tegas tidak dikenakan. FMTNews
Read more »
Melaka to review booze salesCM warns of more social problems if no severe penalties introduced. FMTNews SulaimanMdAli
Read more »
Ex-Melaka CM returns as governor, with a 'Tun' titleAli Rustam is the Yang Di-Pertua for the next four years. FMTNews Melaka
Read more »
Agong lantik Ali Rustam sebagai YDP Negeri Melaka dengan gelaran ‘Tun’Ali Rustam pernah menjadi ketua menteri Melaka dari 1999 hingga 2013. FMTNews Melaka
Read more »
Peniaga di Melaka sibuk siapkan kedaiPENIAGA makanan di bandar raya ini agresif menyediakan kedai dan warung masing-masing selepas kerajaan negeri Melaka membenarkan restoran dan kedai makan beroperasi seperti biasa dengan pelanggan boleh menikmati juadah di dalam premis berkuat kuasa esok.
Read more »