Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Yaacob Md. Sam berpuas hati arahan Majlis Mesyuarat Exco negeri menguatkuasakan tulisan Jawi jenis al-Taibah pada papan tanda premis perniagaan adalah munasabah dan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Perkara itu ditentukan selepas Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Jehan Abdullah dan A. Dana Palan tanpa perintah kos kerana kes itu melibatkan kepentingan awam.
Pada asalnya, permohonan semakan kehakiman itu difailkan oleh tiga peniaga namun rayuan hanya diteruskan oleh dua perayu kerana pemohon kedua, Phang Long Yen telah meninggal dunia. Mahkamah turut berpendapat, dalam kes itu, permohonan semakan kehakiman merupakan mod tindakan undang-undang yang betul. “Ini bukan tugas mahkamah. Jika mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan apa-apa polisi yang diputuskan, mereka berhak menukar kerajaan tersebut melalui peti undi sewaktu pilihan raya,” jelas Hakim Zainal Azman.
Mereka mencabar keputusan Majlis Mesyuarat Exco negeri pada 1 Mac 2018 yang menguatkuasakan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda perniagaan di bandar Kuantan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Man robbed of RM150,000 in Kuantan moments after leaving bankKUANTAN, Feb 15 — A man lost RM150,000 after being robbed in front of a bank in Jalan Beserah here yesterday, police said. Kuantan district police chief ACP Wan Mohd Zahari...
Read more »
Projek monarel gagal, antara pembaziran RM812.91 juta pembangunan PutrajayaPenangguhan projek monarel sebagai tulang belakang sistem pengangkutan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini berjumlah RM797.18 juta
Read more »
Hospital Putrajaya terima teguran, jawab tuduhan sesakDoktor dan kakitangan juga dilaporkan bergilir-gilir memanggil pesakit bagi mengelakkan pesakit menunggu lama.
Read more »