Beyond the Breaking News

Pengurusan kes LHDN saman anak Najib 24 Okt depan

Malaysia News News

Pengurusan kes LHDN saman anak Najib 24 Okt depan
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Pengurusan kes pada 24 Okt ini akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Zaidi Ibrahim. FMTNews

Pada 24 Julai, LHDN menuntut tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM37.6 juta bagi tahun taksiran 2011 sehingga 2017 daripada Mohd Nazifuddin Najib. KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 24 Okt untuk pengurusan kes saman Lembaga Hasil Dalam Negeri terhadap Mohd Nazifuddin Najib bagi menuntut anak bekas perdana menteri itu membayar cukai pendapatan berjumlah RM37.

6 juta. Perkara itu dimaklumkan Peguam Kanan Hasil Al-Hummidallah Idrus mewakili LHDN ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Normaizan Rahim hari ini. Turut hadir peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee bertindak bagi pihak Mohd Nazifuddin. “Pengurusan kes pada 24 Okt ini akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Zaidi Ibrahim,” kata Al-Hummidallah. Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu melalui LHDN pada 24 Julai lepas di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Mohd Nazifuddin, 36, sebagai defendan. Mengikut penyataan tuntutan itu, kerajaan mendakwa Mohd Nazifuddin masih terhutang bagi cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2011 sehingga 2017 seperti yang dinyatakan melalui Notis Taksiran bertarikh 15 Mac 2019. Menurut kerajaan, oleh sebab Mohd Nazifuddin gagal membayar jumlah cukai pendapatan dari tahun 2011 sehingga 2017 itu dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyampaian Notis Taksiran yang ditetapkan di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, maka kenaikan cukai 10 peratus dikenakan. Plaintif berkata, defendan masih gagal menjelaskan keseluruhan cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang itu dalam tempoh 60 hari yang ditetapkan di bawah Seksyen 103 itu menjadikan kenaikan cukai sebanyak lima peratus lagi dikenakan terhadap defendan. Kerajaan Malaysia mendakwa sehingga kini defendan masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang termasuk dengan kenaikan yang berjumlah RM37,644,810.73. Oleh itu, kerajaan menuntut daripada defendan jumlah RM37,644,810.73, faedah atas jumlah RM37,644,810.73 pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah. Pada 25 Jun lepas, kerajaan melalui LHDN menfailkan saman terhadap Najib menuntutnya membayar cukai pendapatan sebanyak RM1.69 bilion bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017. Selepas Najib dan Mohd Nazifuddin disaman LHDN, anak perempuannya Nooryana Najwa, 31, pula diarah membayar cukai pendapatan berjumlah RM10.3 juta yang tidak dibayar dari 2011 hingga 2017.

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

fmtoday /  🏆 5. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Blast rocks Afghan presidential rally, kills 24Blast rocks Afghan presidential rally, kills 24Suicide bomber on motorbike detonated at first checkpoint leading to rally for Ashraf Ghani. FMTNews
Read more »

Kes cerai membimbangkan di SelangorKes cerai membimbangkan di SelangorShahAlam Kes perceraian membabitkan pasangan Islam di Selangor membimbangkan dengan jumlah pendaftaran permohonan cerai 24,063 kes bagi 2017 dan 2018.
Read more »

Pegawai imigresen disyaki terbabit sindiket penipuan dokumen ditahanPegawai imigresen disyaki terbabit sindiket penipuan dokumen ditahanSuspek ditahan reman sehingga Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. FMTNews
Read more »

Badan Peguam gesa polis adil siasat kes fitnah Zakir, wakil rakyat | The Malaysian InsightBadan Peguam gesa polis adil siasat kes fitnah Zakir, wakil rakyat | The Malaysian InsightBadan Peguam gesa polis adil siasat kes fitnah Zakir, wakil rakyat
Read more »

Buku Rahmatan Alamin diterjemah bahasa lain elak salah faham, kata MAIWPBuku Rahmatan Alamin diterjemah bahasa lain elak salah faham, kata MAIWPPengerusi MAIWP, Syed Hussien Alhabshee berkata buku terjemahan itu akan diterbitkan awal tahun depan. FMTNews
Read more »



Render Time: 2026-07-10 14:52:01