PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini sebenar tadi menolak permohonan semakan hukuman mati yang dikemukakan oleh tujuh pengganas yang menceroboh Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, 11 tahun lalu.
Tujuh pengganas itu ialah Datu Amirbahar Hushin Kiram, 60; anak saudara Jamalul Kiram yang mengakui dirinya Sultan Sulu; Atik Hussin Abu Bakar, 52; Basad H. Manuel, 49; Virgilio Nemar Patulada, 59; Al Wazir Osman, 68; Tani Lahad Dahi, 70 dan Julham Rashid, 75.
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Man yang bersidang bersama-sama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan sebulat suara mengekalkan hukuman mati yang dijatuhi Mahkamah Rayuan sebelum ini. Pada 8 Jun 2017, Mahkamah Rayuan meminda hukuman penjara sepanjang hayat yang dijatuhi Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu kepada hukuman mati selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang memohon agar hukuman lebih berat dikenakan.Pada Februari 2013, negara ini digemparkan dengan pengganas Sulu yang menceroboh perairan Sabah secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Pencerobohan itu membawa kepada pertempuran pada 1 Mac 2013 di Kampung Tanduo sehingga menyebabkan 10 wira negara gugur, manakala 68 pengganas Sulu ditumpaskan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
'Takluk: Lahad Datu' sequel possible says directorTicket resellers often use automated software to buy more tickets for events than they are allowed, only to sell them on at higher prices.
Read more »
SESB lodges police report on latest power theft activities in Lahad Datu villageKUALA LUMPUR: The Malayan Commercial Banks Association (MCBA) and the Association of Bank Officers Malaysia (ABOM) have signed a new collective agreement (CA) which will, among others, see ABOM members enjoy a 9% salary adjustment as well as the introduction of a new annual festival aid and monthly digital allowance, in addition to various other...
Read more »
Fostering patriotism through screening of Lahad Datu movieThe film tells the tense moments when the military operation in the Lahad Datu incursion shook the country in 2013.
Read more »
Operasi Penjara Lahad Datu kurangkan kesesakan penjara di SabahOperasi Penjara Lahad Datu kurangkan kesesakan penjara di Sabah
Read more »
Lahad Datu's energy storage system to be region's largestHONG KONG: Equities slipped Wednesday (Sept 11) following a mixed day on Wall Street, as worries about the world's top two economies offset optimism that the Federal Reserve will start cutting interest rates next week.
Read more »
Lahad Datu plantation worker missing after croc attackSINGAPORE: A man who holds Vietnamese and American citizenship has been charged with money laundering offences involving more than US$8 million (S$10.4 million).
Read more »