Hong Piow mengasaskan Public Bank ketika usia 35 tahun dan kemudian menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan pada 1966.
Berita dimaklumkan menerusi kenyataan akhbar Public Bank yang memberitahu Hong Piow, meninggal dunia pada usia 92 tahun.
“Pemergian Hong Piow adalah satu kehilangan besar kepada Kumpulan Public Bank. Bagi pihak lembaga pengarah, pengurusan dan kakitangan Kumpulan Public Bank, kami menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Hong Piow,” kata Public Bank dalam satu kenyataan. Baru-baru ini, Forbes 2022 melaporkan Hong Piow merupakan individu keempat terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan AS$5.7 bilion .
Tokoh perbankan itu dilahirkan di Singapura pada 14 Mac 1930 dan mengikuti pendidikan formal rendah dan menengah di Sekolah Cina Anglo di Singapura. Pada 1 Julai 2022, beliau menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif Public Bank setelah melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan pada 31 Disember 2018, beliau bersara sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif dan kemudian diberi kedudukan Pengerusi Emeritus dan Penasihat bank pada 1 Januari 2019 serta kekal sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Lembaga Pengarah. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Cardinal Zen’s sentencing is about Hong Kong’s democracyHerald Malaysia - daily news source with Malaysian and Global coverage of the Catholic Churches. Catholic News,World Christian News, Malaysia Church News
Read more »
Hong Kong media tycoon Jimmy Lai jailed over lease violationHONG KONG: Hong Kong pro-democracy media tycoon Jimmy Lai received a fresh jail sentence of five years and nine months on Saturday after being found g...
Read more »