georgetown Seorang pengamal perubatan di Georgetown, Pulau Pinang ditahan selepas dipercayai terbabit dengan 22 kes pecah rumah dan curi di Kondominium Gurney Park, dalam serbuan Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata penahanan lelaki berusia 38 tahun itu dibuat pada 6 petang selepas polis menerima laporan berhubung kes pecah rumah di kawasan itu.
Menurutnya, pemeriksaan ke atas rumah yang didiami lelaki itu menemui pelbagai barangan dipercayai hasil kegiatan curinya. "Pemeriksaan di ruang tamu menemui dua nintendo switch, dua televisyen dan tetikus. Pemeriksaan lanjut yang dijalankan terhadap bilik suspek pula menemui pelbagai barangan antaranya projektor, 30 televisyen pelbagai jenama, 67 telefon bimbit, 19 peranti smart tag, puluhan beg berjenama, 35 rangkai anak kunci dan kamera berjenama. Semua barangan itu bernilai RM160,000," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, siasatan ke atas suspek mendapati modus operandi yang digunakannya adalah masuk ke rumah yang tidak berkunci pada awal pagi kemudian mencuri barang di ruang tamu. "Dengan tertangkapnya suspek, polis berjaya menyelesaikan 22 kes pecah rumah dan curi yang berlaku di kondominium berkenaan sejak 2014 dengan kerugian RM493,615.Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2020 @ 7:20 PM
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Laki bini penyamun tersungkurGeorgetown SUAMI isteri antara tiga individu ditahan polis, dipercayai terbabit kegiatan pecah rumah yang membabitkan kerugian RM296,350.
Read more »
Semua pihak termasuk pengamal media dilarang terbangkan dronKUALA LUMPUR: Semua pihak termasuk pengamal media diingatkan untuk tidak menerbangkan dron di mana-mana lokasi di seluruh negara dalam tempoh pelaksan...
Read more »
Pasukan pakar perubatan China dijangka tiba di Sabah esok | The Malaysian InsightPakar terbabit akan berkongsi pengalaman mereka menangani wabak Covid-19.
Read more »
Polis larang pengamal media, orang awam terbangkan dronTindakan menerbangkan dron tanpa permit daripada CAAM adalah salah mengikut Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016. FMTNews PKP
Read more »
Kelantan unveils dikir barat song to encourage MCO compliance | The Malaysian InsightKelantan unveils dikir barat song to encourage MCO compliance
Read more »
Orang ramai mahu lebih banyak pergerakan, menurut undian MKN | The Malaysian InsightKembali bekerja dan ke rumah ibadah antara perkara teratas yang diinginkan di bawah perintah kawalan pergerakan.
Read more »