Dia menerima dinar emas, sijil dan piala pusingan atas kecemerlangan tersebut.
KOTA TINGGI: Muhammad Helmi Ardiansyah Kusnoto tidak pernah menyangka pengalaman mengikuti bapanya bekerja sebagai kontraktor pembinaan banyak membantunya mendepani pengajian Diploma Senibina selama tiga tahun di Kolej Yayasan Pelajaran Johor .
Anugerah tersebut disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Norlizah Noh yang mewakili Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi. “Saya memanfaatkan sepenuhnya pengetahuan itu dalam pengajian jurusan seni bina di KYPJ. Saya dedikasikan kejayaan ini kepada ibu dan bapa serta ahli keluarga yang sudah banyak berkorban untuk saya.
Anak kelahiran Kempas, Johor Bahru ini sentiasa memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan termasuk mendapat Purata Nilai Gred tertinggi, iaitu 4.0 pada semester lima dan enam.