Kereta dipandu mangsa, Radzuan Jaklan, 63, terjunam ke dalam sebuah gaung UtusanOnline UtusanMalaysia BeritaUtusan
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, kereta dipandu mangsa, Radzuan Jaklan, 63, terjunam ke dalam sebuah gaung sedalam kira-kira lima meter di tepi jalan tersebut.
Ketua Polis daerah, Superintenden Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, mangsa yang merupakan seorang peneroka di Felda Palong 8, Gemas maut selepas seluruh badannya terbakar dalam kemalangan itu. “Siasatan awal mendapati kawasan kemalangan adalah jalan lurus dan berhampiran dengan sebuah ladang getah.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa hilang kawalan apabila tiba di lokasi kejadian lalu terbabas masuk ke dalam gaung di sebelah kanan bahu jalan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.Kata beliau, pengecaman mayat dibuat di tempat kejadian oleh anak lelaki mangsa yang bertugas di Cawangan Khas E2, Bukit Aman.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pemandu ditemui rentung dalam keretaJempol Pemandu ditemui rentung selepas kereta dipandu terbabit dalam kemalangan dan terbakar di Jalan Besar Palong Lapan, Jempol pagi ini.
Read more »
Empat lelaki nyaris maut kereta terbakarKUALA LUMPUR 6 Mac - Empat lelaki nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di Bulatan Dataran, Jalan Kinabalu di sini hari ini.
Read more »
Lelaki rentung kereta terbakarKualaLumpur Lelaki ditemui rentung selepas kenderaan dipandu dipercayai terbabit dalam kemalangan berhampiran Majlis Sukan Negara di Jalan Barat menghala ke Taman Teknologi Park, Kuala Lumpur, awal pagi ini.
Read more »
Kakitangan JAKIM maut kereta terbaliksepang إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ “Kereta mangsa dari arah Putrajaya ke Bandar Baru Salak Tinggi dan dilanggar dari arah belakang oleh Perodua Alza yang hilang kawalan,' kata Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali.
Read more »
Wanita maut kereta langgar pokokKualaLumpur Wanita maut selepas kenderaan dipandu terbabas sebelum melanggar pokok di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.
Read more »
4 maut letupan bom kereta di Somalia | The Malaysian Insight
Read more »
Lelaki maut rempuh kereta rosakKualaLumpur Lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar bahagian belakang sebuah kereta rosak di Jalan Tun Razak menghala ke pusat bandar Kuala Lumpur, hari ini.
Read more »
Penunggang motosikal maut rempuh kereta rosakKUALA LUMPUR 8 Mac - Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah kereta rosak dalam kejadian di Jalan Tun Razak, di sini hari ini.
Read more »