Behrang HMHM RasaiBeritaSebenar Pelajar tingkatan satu bolot tiga hadiah utama IIDEX 2019 peringkat antarabangsa.
S Karthikgesan, 13, berasal dari Bandar Behrang 2020 yang juga pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu menerima Anugerah Berlian iaitu Terbaik Keseluruhan Kategori Pencipta Muda membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 bersama plak dan sijil.
“Sebenarnya, saya dijadualkan berlepas ke Jerman pada pertengahan bulan depan bagi menyertai Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi sempena Pameran Perdagangan Antarabangsa bagi Idea Inovasi dan Reka Cipta Baharu yang juga pertandingan inovasi dan reka cipta kedua terbesar di dunia.“Perasaan kecewa tidak dapat ke Jerman tetap ada setelah saya dibantu bapa bertungkus-lumus memerah idea dan keringat menaik taraf ciptaan pasu organik itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sebelum ini, inovasi itu meraih Anugerah Emas dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta peringkat kebangsaan sempena Pesta Kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bahru.