Operasi yang dilaksanakan pada skala kecil mulai esok akan dikawal dan diselaraskan oleh pihak bomba dengan bantuan komuniti setempat dan sukarelawan.
TAPAH: Operasi mencari dan menyelamat Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak 24 Mei lalu kini ditumpukan kepada pencarian berdasarkan maklumat dan petunjuk baharu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi yang dilaksanakan pada skala kecil mulai esok itu akan dikawal dan diselaraskan oleh pihak bomba dengan bantuan komuniti setempat dan sukarelawan. Beliau berkata, pihaknya akan memantau sebarang maklumat atau petunjuk terkini yang boleh membantu usaha mengesan mangsa.
“Kita akan mengambil tindakan sekiranya menerima maklumat atau penemuan baharu, termasuk hadir ke lokasi yang dikenal pasti untuk menjalankan pencarian lanjut,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdul Malik Hasim. Menurut beliau, mana-mana pihak yang ingin terlibat dalam operasi pencarian, termasuk malim gunung atau sukarelawan, perlu melaporkan diri terlebih dahulu kepada Balai Bomba dan Penyelamat Tapah sebelum penyertaan mereka diselaraskan bersama Jabatan Perhutanan.
Katanya, ini kerana kawasan pencarian terletak dalam hutan simpan dan tidak boleh dimasuki sewenang-wenangnya tanpa kebenaran dan pemantauan pihak berkuasa.
“Pusat Kawalan Tempat Kejadian telah ditutup dan SAR yang diteruskan oleh pasukan bomba akan dibuka di BBP Tapah. Jadi, jika ada yang mahu terlibat, perlu lapor diri di BBP Tapah,” katanya. Tambah beliau, komuniti Orang Asli yang sering keluar masuk kawasan hutan berkenaan juga berkemungkinan dapat menyalurkan maklumat sekiranya menemui petunjuk berkaitan kehilangan mangsa.
“Sekiranya mereka mempunyai maklumat atau menemui sebarang petunjuk, mereka akan memaklumkan kepada pihak berkuasa dan tindakan susulan akan dilaksanakan secara bersama,” katanya. Dalam pada itu beliau memberitahu, setakat hari ini, seramai 23 anggota terdiri daripada pasukan bomba, Jabatan Perhutanan dan Batalion 3 Pasukan Gerakan Am telah dibawa keluar dengan selamat menggunakan pesawat Agusta AW139.
“Satu pasukan kecil yang terdiri daripada 10 anggota iaitu lapan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia dan dua Malim Gunung Perhutanan dihantar semula ke lokasi bagi melakukan pemeriksaan menyeluruh di satu sektor yang dikenal pasti berhampiran puncak Gunung Batu Putih,” katanya. –
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Search for missing hiker Jaslinda Saludin expanded to off-trek areas with Orang Asli community involvementSearch and rescue (SAR) operations for the missing female hiker Jaslinda Saludin, 49, have been expanded to off-trek areas with the involvement of the Orang Asli community from Kampung Ampang Woh. The Perak JBPM Director stated that the community will join the operation after discussions with Tok Batin, with around 12 Orang Asli residents attending to commit and gather more members before forming small search groups. The operation currently focuses on the area between Kem Sukaneka and Gunung Rayu, where rescuers have already completed a search along approximately 35 kilometers of trail. Senoi Praaq, a police unit consisting of Orang Asli members skilled in forest operations, has also been involved. The local Orang Asli community's voluntary participation is expected to enhance the search due to their knowledge of the terrain and potential challenges.
Read more »
Komuniti Orang Asli sedia bantu kesan JaslindaMereka memiliki pengetahuan dan pengalaman mengenai laluan dan bentuk muka bumi kawasan pedalaman.
Read more »
Orang Asli community assists in search for missing hiker Jaslinda SaludinThe Orang Asli community has stepped forward to assist in the search-and-rescue (SAR) operation for missing hiker Jaslinda Saludin, 49, reported missing since May 23. Orang Asli from Kampung Ampang Woh are set to join the operation tomorrow as rescuers expand the search into off-trail areas.
Read more »
After 10 days, decision on continuing search for missing hiker Jaslinda Saludin due tomorrowKUALA LUMPUR, June 2 — Authorities will decide tomorrow whether to continue or call off the search and rescue (SAR) operation for missing hiker Jaslinda Saludin, who disappeared...
Read more »




