Beyond the Breaking News

Pemuda Rohingya tidak mengaku sebabkan kematian penunggang RXZ

United States News News

Pemuda Rohingya tidak mengaku sebabkan kematian penunggang RXZ
United States Latest News,United States Headlines

Kejadian berlaku di Kampung Rusila.

MARANG: Seorang pemuda etnik Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal di Kampung Rusila, di sini pada 27 Mei lalu.

Pengakuan itu dibuat Shah Dullah Abdul Hashim, 20, sejurus selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Athirah Hashim. Shah Dullah didakwa memandu kereta jenis Proton Saga secara berbahaya kepada orang awam selepas mengambil kira keadaan jalan, jenis kenderaan dan keadaan trafik di lokasi kejadian. Perbuatan itu didakwa menyebabkan kemalangan membabitkan sebuah motosikal Yamaha RXZ ditunggang mangsa, Saifullah Isyraf Shamsudin, 27, yang disahkan meninggal dunia pada 2 Jun lepas.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan selain hilang kelayakan memegang lesen memandu. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan syarat dua penjamin warganegara dan perlu melapor diri setiap bulan di Ibu pejabat Polis Daerah Marang. Majistret menetapkan 8 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maisarah Abd Razak manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Ramlan Taib. Dalam kejadian 27 Mei lalu, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha RXZ dari arah Kuala Terengganu ke Rusila dipercayai terlibat dalam pelanggaran dengan kereta dipandu tertuduh yang sedang membelok ke kiri. Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki sebelum disahkan meninggal dunia pada 2 Jun ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. –

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Pemuda 19 tahun direman dua hari, bantu siasatan kemalangan mautPemuda 19 tahun direman dua hari, bantu siasatan kemalangan mautPemuda 19 tahun direman dua hari, bantu siasatan kemalangan maut
Read more »

Reman pemuda 19 tahun ditambah sehariReman pemuda 19 tahun ditambah sehariReman pemuda 19 tahun ditambah sehari
Read more »

Petition to Remove Rohingya Refugees from Malaysia Surpasses 130,000 SignaturesPetition to Remove Rohingya Refugees from Malaysia Surpasses 130,000 SignaturesA petition titled 'Remove Rohingya from Malaysia' on Change.org has garnered 132,059 signatures as of 11am today. Launched on May 29, it calls for a comprehensive plan to address the influx of Rohingya refugees, citing social problems, strain on resources, infrastructure, and social services, as well as security concerns. The organizer asks the government to cooperate with international organizations for resettlement or support in Myanmar.
Read more »

Suhakam condemns increased abusive comments against Rohingya in MalaysiaSuhakam condemns increased abusive comments against Rohingya in MalaysiaThe human rights commission urges the public to refrain from spreading misinformation and hate speech against refugees.
Read more »



Render Time: 2026-06-04 07:55:29