Pemilik spa didenda RM100,000 [METROTV]

Malaysia News News

Pemilik spa didenda RM100,000 [METROTV]
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 45 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 21%
  • Publisher: 51%

kualaterengganu AKIBAT mengendalikan klinik perubatan swasta tanpa pendaftaran sah, seorang pemilik spa yang menjalankan amalan perubatan estetik didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.

Hakim Azman Mustapha memerintahkan hukuman penjara 12 bulan sekiranya Orang Kena Saman , Farabi Ahmad Mohd Amin @ Che Min, 31, gagal membayar denda itu.Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyediakan perkhidmatan klinik perubatan swasta tanpa perakuan pendaftaran di bawah Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 pada 2017.

Dia turut didakwa bukan seorang pengamal perubatan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia dan tidak pernah diberi Sijil Amalan Tahunan. Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di premis Raisya Medispa beralamat di Lot PT 18092, Kompleks Perniagaan Sura Gate di Dungun pada 11.30 malam, 13 April 2017.

Farabi Ahmad didapati melakukan suatu kesalahan mengikut Seksyen 4 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang boleh dihukum di bawah seksyen 5 akta sama. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli manakala tertuduh diwakili peguam Masliela Ismail dan Ghazali Ismail daripada Tetuan Ghazali Ismail & Co.FARABI Ahmad didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini selepas didapati bersalah mengendalikan klinik perubatan swasta tanpa pendaftaran sah, dua tahun lalu. FOTO Ghazali Kori.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Peniaga tuntut pegawai MBPJ disiasat kes kutip rasuah | The Malaysian InsightPeniaga tuntut pegawai MBPJ disiasat kes kutip rasuah | The Malaysian InsightPeniaga dakwa serah RM100 hingga RM200 setiap orang untuk elak disaman kerana pasang iklan.
Read more »

Lapor pembunuh gajah, menang penginapan hotel mewahLapor pembunuh gajah, menang penginapan hotel mewahPenginapan 3 malam di Putrajaya dan wang belanja RM2,000 menanti pemberi maklumat yang membantu Perhilitan menjejaki, menangkap dan mendakwa suspek di mahkamah.
Read more »

Siasat penguat kuasa PBT minta duit kopi [METROTV]Siasat penguat kuasa PBT minta duit kopi [METROTV]shahalam SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat dakwaan beberapa anggota penguat kuasa di salah satu pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor dikatakan terbabit dengan salah laku rasuah.
Read more »

PMWP catat 11 juta pengunjung [METROTV]PMWP catat 11 juta pengunjung [METROTV]kualalumpur “Kuasa media sosial ini cukup besar, malah golongan cerdik pandai mengatakan sesiapa yang menguasai media maka dia yang menguasai negara, masyarakat dan ummah, jelas Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Read more »



Render Time: 2025-02-24 06:13:28