sungaikimkim johor pasirgudang POLIS mengesan seorang usahawan warganegara Singapura berusia 30-an bagi membantu siasatan kes pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada 7 Mac lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan polis Singapura bagi menjejaki lelaki berkenaan.
Beliau berkata, lelaki berkenaan dipercayai pemilik satu daripada kilang yang terbabit dalam kes pembuangan sisa kimia ke sungai berkenaan hingga menyebabkan ribuan penduduk menghadapi masalah kesihatan manakala semua sekolah di daerah berkenaan terpaksa ditutup. “Kami sedang memburu lelaki berkenaan dan masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes pembuangan sisa kimia itu.
“Difahamkan, tiga lelaki didakwa di mahkamah hari ini termasuk seorang warga Singapura,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor Bahru, hari ini. Mohd Khalil berkata, tiga individu yang didakwa di mahkamah hari ini, antara 11 suspek termasuk pengusaha kilang serta individu yang menjalankan kegiatan berkenaan.“Ia menunjukkan ada perkembangan dalam kes ini dan polis berharap netizen memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan.“Namun, ada netizen yang melemparkan tuduhan terhadap polis yang dikatakan tunjuk wayang sedangkan kami bertungkus-lumus menjalankan tugas demi kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis mohon sambung reman 8 suspek kes cemar Sungai Kim KimKetua polis Johor berkata, permohonan sambungan reman itu bertujuan membantu polis melengkapkan kertas siasatan.
Read more »
Polis mohon sambung reman 8 suspek kes cemar Sg Kim Kim | The Malaysian InsightPermohonan sambung reman ke atas kesemua suspek ialah bagi membantu polis melengkapkan kertas siasatan.
Read more »
Polis buru suspek terlibat cemarkan Sg Kim KimKPN berkata pasukannya mempunyai maklumat pelaku dan penahanan suspek terbabit sedang dilakukan dengan kerjasama polis Johor dan Bukit Aman. fuziharun sungaikimkim
Read more »
[UPDATE] Sungai Kim Kim : Sembilan individu ditahan polisSEMBILAN individu ditahan polis semalam dipercayai terbabit dalam insiden pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang.
Read more »
KPN: Pencemaran sisa kimia Sg Kim Kim, polis reman 9 orangMahkamah membenarkan permohonan polis untuk menahan reman suspek bermula hari ini selama 6 hari. sungaikimkim sisa kimia
Read more »
Kerajaan akan pinda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 | The Malaysian InsightDalam usaha memastikan insiden pencemaran di Sungai Kim Kim tidak berulang.
Read more »
Sg Kim Kim crisis operations, treatment centres closed | The Malaysian InsightJohor exco says decision to shut the centres made after air quality back to normal, number of patients dropped.
Read more »
Lotte Chemical denies involvement in Sg Kim Kim pollution | The Malaysian InsightCompany is considering legal recourse against those who made the allegation.
Read more »
Pencemaran toksik:Seminggu ‘berkampung’ di stadiumPASIR GUDANG 20 Mac - Seramai 823 anggota petugas daripada beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengemaskan barang mereka di pusat rawatan awal Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini sebentar tadi.
Read more »