johorbahru Seramai 79 individu sudah mendapatkan rawatan susulan insiden pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sehingga jam 9.30 malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata, 32 daripadanya dirawat sebagai pesakit luar dan 47 dirawat di wad Hospital Sultan Ismail sejak kejadian dilaporkan, kelmarin.
Beliau berkata, seramai 16 daripada 47 orang yang dirawat di HSI sudah dibenarkan pulang, manakala baki 31 masih berada di wad.“Bagi 14 orang dewasa itu turut merangkumi tiga petugas perubatan dan kesihatan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Gotong-Royong Mega Perangai Aedes 1.0, Peringkat Negeri Johor 2019 di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, hari ini.
Beliau mengingatkan orang ramai yang berada berhampiran Sungai Kim Kim terutama pada jarak 1.3 kilometer dari tempat pembuangan sisa bahan kimia ke hilir sungai, supaya sentiasa berhati-hati dan peka dengan perubahan kesihatan masing-masing.“Tetapi, dari tengah malam tadi sehingga pagi ini, tiada lagi kes baharu yang dilaporkan,” katanya.
Menurutnya, orang ramai perlu mendapatkan rawatan kesihatan sekiranya mengalami gejala seperti pening kepala, muntah, sakit tekak dan pedih mata.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bahan kimia dibuang ke sungai, 8 kritikal di Pasir Gudang | The Malaysian InsightEkoran terhidu gas kimia berikutan pembuangan sisa kimia di Sungai Kimkim, dekat Pasir Gudang, Johor, awal pagi tadi.
Read more »
JB disaster committee meets tonight to discuss toxic waste in river | The Malaysian Insight39 people, including 21 schoolchildren, in hospital seeking treatment after pollution reported in Sungai Kim Kim.
Read more »
[VIDEO] Sisa kimia: 35 sesak nafas, muntah, pengsanPASIR GUDANG 7 Mac - Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih di sini gempar apabila 35 mangsa terhidu sisa kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim berhampiran sekolah itu hari ini.
Read more »
39 mangsa terhidu gas kimia masih dirawat di HSIJOHOR BAHRU 8 Mac - Seramai 39 mangsa terhidu sisa kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang semalam masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.
Read more »
[VIDEO] Siasat dari mana sisa kimia dibuang - ExcoPASIR GUDANG 7 Mac - Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan bomba akan bekerjasama menyiasat punca pembuangan sisa kimia dalam Sungai Kim Kim di sini hingga mengakibatkan pencemaran teruk.
Read more »
Gas kimia: 1,400 pelajar diminta kosongkan sekolahpasirgudang Seorang murid pengsan, manakala lima lagi muntah-muntah selepas terhidu tumpahan gas kimia di sungai berdekatan dalam kejadian di dua sekolah di Taman Pasir Puteh di Pasir Gudang, hari ini.
Read more »
Pencemaran gas: Sekolah tutup tiga hariDUA sekolah yang terjejas akibat pencemaran gas dipercayai metana di Sungai Kim Kim di Kota Masai Pasir Gudang, di Johor Bahru, ditutup tiga hari bermula hari ini.
Read more »
Bahan kimia dibuang dipercayai minyak cuci tangki kapalJOHOR BAHRU 8 Mac - Keputusan sampel bahan kimia yang diambil dari Sungai Kim Kim di Pasir Gudang semalam, bahan yang dipercayai dibuang secara haram oleh sebuah lori di sungai itu, dijangka diketahui pada minggu depan.
Read more »
Bomba letak oil boom kawal penceramanPASIR GUDANG 7 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor melakukan langkah awal dengan meletakkan oil boom bagi mengawal bahan kimia yang dipercayai dibuang di Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih di sini daripada merebak.
Read more »