Seorang pemandu maut rentung selepas kereta dipandunya terbakar akibat melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), di sini hari ini.
PETALING JAYA: Seorang pemandu maut rentung selepas kereta dipandunya terbakar akibat melanggar tiang Transit Aliran Ringan , di sini hari ini.
Kejadian itu berlaku pada pukul 6.20 pagi di Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur membabitkan sebuah kereta jenis Honda Accord. Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, siasatan awal mendapati kereta tersebut dipercayai hilang kawalan, seterusnya terbabas melanggar tiang LRT dan menyebabkan kenderaan itu terbakar.“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya dan polis masih mengenal pasti identiti pemandu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai rakaman papan pemuka semasa kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. “Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222,” ujarnya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pemandu bawah pengaruh alkohol akibatkan kemalangan ditahanSeorang pemandu lori ditahan selepas disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan.
Read more »
[Video] Ini Situasi Yang Buatkan Sujud Dalam Solat Jadi Tak SahMenerusi video tular, kelihatan seorang lelaki dengan pantas mengalihkan kain ridak sewaktu seorang jemaah mahu sujud.
Read more »
Kontena hempap kereta: Pemandu treler mengaku tak bersalahBUKIT MERTAJAM : Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menyebabkan kematian seorang kerani wanita dalam satu kemalangan ngeri, Rabu lalu.
Read more »
Maut dihempap kontena: Polis tahan pemandu treler untuk siasatanBUKIT MERTAJAM : Polis menahan seorang lelaki tempatan yang juga pemandu treler susulan kemalangan membabitkan lima buah kenderaan sehingga menyebabkan seorang wanita maut di Jalan Kebun Sireh di sini, pagi tadi.
Read more »
Lari selepas langgar maut, pemandu lori ditahanSeorang pemandu lori yang melarikan diri kerana disyaki menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal berjaya ditahan, beberapa jam selepas kejadian.
Read more »
Pemandu rentung selepas kereta langgar tiang MRTPemandu rentung selepas kereta langgar tiang MRT
Read more »