rembau POLIS menahan seorang lelaki yang juga pemandu Perodua Myvi putih dipercayai individu terbabit dalam kemalangan di Kilometer 235.5 Lebuhraya PLUS (PLUS) dekat Pedas, Rembau, petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Abdul Kadir berkata, lelaki terbabit ditahan di Batu Berendam, Melaka pada 4.50 petang hari ini.
“Susulan siasatan lanjut, pemandu lelaki Perodua Myvi putih berusia 20 tahun yang tular di media sosial ditahan di Batu Berendam, Melaka pada 4.50 petang tadi.“Selain itu, pemandu Honda Jazz biru iaitu lelaki berumur 23 tahun sudah tampil membuat laporan polis. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya, malam ini.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu polis sehingga berjaya menahan individu berkenaan. Dalam kejadian petang semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tercampak ke lorong kanan lebuh raya selepas kereta dipandu bapanya terbabit kemalangan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis tahan pemandu Myvi punca kanak-kanak tercampak tengah lebuh raya | The Malaysian InsightMangsa berusia dua tahun nyaris maut selepas tercampak keluar daripada kenderaan yang dinaiki bersama keluarga yang hilang kawalan selepas dihimpit sebuah kenderaan lain.
Read more »
Polis tahan pemandu Myvi punca kanak-kanak tercampak tengah lebuh raya | The Malaysian InsightMangsa berusia dua tahun nyaris maut selepas tercampak keluar daripada kenderaan yang dinaiki bersama keluarga yang hilang kawalan selepas dihimpit sebuah kenderaan lain.
Read more »
Pemandu mabuk direman empat hariButterworth Pemandu wanita yang dipercayai mabuk dan merempuh motosikal ditunggang dua sahabat hingga maut, ditahan reman empat hari bermula hari ini
Read more »
2 maut dilanggar pemandu mabuk | The Malaysian InsightMuhamad Syaiful Hilmi Rosidi, 21, dan Muhammad Amin Najmi Azaman,19, yang berasal daripada Paya Keladi Hujung, Kepala Batas, meninggal dunia di tempat kejadian.
Read more »
2 sahabat maut angkara pemandu mabukbutterworth Dua sahabat maut selepas motosikal mereka dilanggar pemandu kereta yang dipercayai mabuk pada awal pagi hari ini di Butterworth.
Read more »
Hampir buta mata anjingPERSATUAN Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) mengesahkan seorang lelaki yang disyaki mencederakan dua anjing hingga parah di kepala dan mata ditahan polis, pagi tadi.
Read more »